• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tempahan Honda WR-V (2023) Dibuka, Guna Enjin 1.5L DOHC dengan Kuasa 119Hp!

Tempahan Honda WR-V (2023) Dibuka, Guna Enjin 1.5L DOHC dengan Kuasa 119Hp!

June 12, 2023 By Shawkath Leave a Comment

79
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HONDA Malaysia mengumumkan pengambilan tempahan untuk model kenderaan utiliti sukan (SUV) kecil terbaharu mereka iaitu All-New Winsome Runabout Vehicle (WR-V) menerusi 101 rangkaian pengedar di seluruh negara.

Model Honda WR-V (2023) itu dijangka dilancarkan menjelang suku ketiga tahun ini dan bakal menjadi model paling hangat dalam segmen SUV saiz kecil.

Pengenalan WR-V (2023) sekali gus menjadikan Honda Malaysia sebagai pengeluar kenderaan jenama Jepun pertama di Malaysia meneroka segmen SUV saiz kecil dalam Segmen Bukan Jenama Nasional di negara ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata:

Kami berbanggan menjadi pengeluaran kenderaan massa pertama jenama Jepun untuk memperkenalkan model SUV saiz kecil baharu dalam Segmen Segmen Bukan Jenama Nasional kepada pengguna Malaysia, dijangka lancar pada suku ketiga 2023."

Honda WR-V Serba Baharu dianggap sebagai kenderaan paling ideal untuk orang muda dan keluarga yang mahukan SUV saiz kecil dengan personaliti menonjol serta melengkapkan gaya hidup aktif masing-masing.

Dimensi WR-V ialah panjang 4,060mm, lebar 1,780mm dan tinggi 1,608mm. Jarak Bumi pula 207mm yang memberikannya kelebihan berbanding model pesaing lain.

Honda Malaysia mengesahkan akan ada varian RS yang bergaya sport dengan lencana rekaan baharu RS, grill depan unik dan rim aloi 17 inci dwi-tona serta pembuka pintu gaya ala-coupe.

WR-V juga didatangkan dengan ciri cermin lipat berkuasa, lampu utama LED automatik, lampu siang (DRL) LED, lampu kabus LED dan lampu signal belok LED Sequential.

Enjin digunakan jenis 1.5L DOHC i-VTEC yang menawarkan kuasa 119hp dan tork 145Nm, sistem transmisi jenis CVT dengan teknologi shift G-design.

Berhubung aspek keselamatan, Honda Malaysia menawarkan pakej terbaik untuk model WR-V Serba Baharu termasuk Honda SENSING dengan lapan elemen keselamatan penting:

  • Notifikasi Kereta Utama Berlepas  (LCDN)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS)
  • Amaran Pelanggaran Depan (FCW)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Sistem Mitigasi Keluar Lorong (RDM)
  • Amaran Tukar Lorong (LDW)
  • Lampu Tinggi Automatik (AHB)

Selain pakej itu, Honda WR-V juga didatangkan bersama Honda LaneWatch yang meningkatkan keyakinan pemandu ketika berada di jalan pelbagai lorong dan Honda CONNECT untuk akses pelbagai fungsi melalui telefon pintar.

LOKASI UNTUK LIHAT HONDA WR-V SERBA BAHARU

Honda Malaysia juga mengumumkan tontonan eksklusif model tersebut menerusi beberapa rangkaian pengedar terpilih seperti berikut:

Related

79
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Hironobu Yoshimura, Honda Connect, Honda LaneWatch, honda sensing, Honda WR-V (2023), Honda WR-V (Winsome Runabout Vehicle)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my