• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video Budak 11 Tahun Pandu Kereta Abah di Klang

Video Budak 11 Tahun Pandu Kereta Abah di Klang

June 12, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


TULAR satu klip video seorang budak lelaki berumur 11 tahun memandu Proton Saga milik bapanya di sebatang jalan raya awam di jalan Banting-Pandamaran, Klang, Selangor, semalam.

Susulan maklumat tersebut, pasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan bergegas ke rumah pemandu bawah umur itu di Pandamaran, kira-kira jam 1.15 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kanak-kanak tersebut ditahan bersama bapanya, berusia 49 tahun, yang juga pemilik Saga berkenaan.

Hoong Fong berkata, kedua-duanya dibawa ke Balai Trafik IPD Klang Selatan untuk direkod keterangan, dan polis turut merampas Saga yang terlibat dalam video tular tersebut.

Beliau berkata;

Kes disiasat di bawah Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu di bawah umur dan Seksyen 111 akta sama, iaitu bersubahat atau membenarkan melakukan kesalahan.

"Siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa maksud melakukan perbuatan pengabaian atau mendedahkan kanak-kanak secara cuai dengan cara yang mungkin akan menyebabkan mengalami kecederaan fizikal atau emosi."

Terdahulu, tular satu klip video 1 minit 21 saat di media sosial menunjukkan sekumpulan kanak-kanak bersorak melihat rakan mereka itu sedang memandu di jalan raya awam dan membelok masuk simpang sebelum berhenti berdekatan.

Polis Klang Selatan - 1
Polis Klang Selatan - 0

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Budak 11 tahun pandu Proton Saga, Cha Hoong Fong, Isu Keselamatan Jalan Raya, Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • BSH Nafi Motosikal Jenama Lain di Malaysia Guna Enjin Honda
    BSH Nafi Motosikal Jenama Lain di Malaysia Guna Enjin Honda

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev