• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 5 Sebab Kenapa Pemilik Motosikal Berkuasa Tinggi Wajib Beli Insurans Bike Warrior

5 Sebab Kenapa Pemilik Motosikal Berkuasa Tinggi Wajib Beli Insurans Bike Warrior

March 20, 2017 By Abang GYL 1 Comment

6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

bike warriorTAHUKAH anda program Bike Warrior oleh Allianz Malaysia menawarkan perlindungan insurans khusus kepada motosikal berkuasa tinggi.

Bagi pemilik motosikal berkuasa tinggi, anda kini tidak lagi perlu bimbang sekiranya jentera 'meragam' di tengah jalan.

Dengan Bike Warrior, anda boleh mendapatkan bantuan daripada Allianz pada bila-bila masa. Bukan saja bantuan kerosakan, Bike Warrior turut menawarkan pampasan kepada anda sekiranya terlibat dengan kemalangan.

Sekiranya anda adalah pemilik motosikal berkuasa 250cc dan ke atas, inilah lima sebab kenapa perlu mendapatkan Bike Warrior daripada Allianz;

ducati penang1. PERTAMA DI PASARAN

Allianz Malaysia ialah pihak insurans pertama yang berani menawarkan perlindungan Bike Warrior kepada semua pemilik motosikal berkuasa tinggi.

2. BANTUAN 24-JAM

Tanpa mengira hari dan masa, Allianz Malaysia menawarkan khidmat bantuan 24-jam. Antara bantuan yang boleh anda dapatkan menerusi program Bike Warrior adalah;

  • Khidmat tunda kecemasa 24-jam (Jarak sehingga 600km)
  • Pembaikan kerosakn kecil motosikal di tepi jalan
  • Bantuan teksi (Allianz akan bayar tambang sehingga RM60)
  • Bantuan kereta sewa (Maksimum pembayaran RM400)
  • Bantuan Penginapan Hotel (Pihak insurans akan tanggung sehingga RM400)

* Bagi bantuan kereta sewa dan hotel, pihak diinsuranskan hanya berhak mendapat bayaran sekiranya motosikal tersebut terkandas 100km dari alamat rumah dan pembaikan mengambil masa lebih 48 jam.

* Resit asal perlu disimpan dan bayaran balik adalah terhad kepada tiga kali setahun.

ducati penang3. PERLINDUNGAN LUAR NEGARA

Jika kerosakan atau kemalangan berlaku di Singapura dan Thailand, pihak Allianz akan menanggung kos perkhidmatan tunda ke bengkel terdekat.

BACA >>> #TahukahAnda: Tidak Perlu Gelabah Kereta Rosak, Insurans Memang Sediakan Servis Tunda Kenderaan

ducati penang4. FAEDAH KEMALANGAN DIRI

Pihak insurans akan membayar pampasan sehingga RM20,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan.

Lebih menarik, faedah ini turut melindungi anda 24-jam tanpa mengira sama ada anda sedang menunggang motosikal atau sebaliknya. Dalam erti lain, diri anda turut dilindungi insurans tanpa mengira masa atau tempat.

Selain itu, pihak Allianz juga akan membayar elaun harian sebanyak RM50 (maksimum 60 hari) sekiranya anda dimasukkan ke hospital akibat kemalangan yang melibatkan motosikal diinsuranskan.

5. PERLINDUNGAN BANJIR

Bukan sekadar itu, pihak insurans juga akan membayar sehingga RM1,500 untuk kos pembaikan ke atas motosikal tersebut akibat kerosakan daripada banjir.

BACA >>> Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Insurans Motor

BERAPA HARGA?

Menerusi program Bike Warrior, anda hanya perlu membayar premium tahunan sebanyak RM148.40 (termasuk GST) bagi mendapatkan kesemua lima faedah ditawarkan.

Bagaimanapun, program Bike Warrior hanya sah bagi pemilik motosikal yang berumur di antara 16 hingga 80 tahun.

Maklumat lanjut, sila layari di SINI atau hubungi bahagian khidmat servis di 1-300-88-1028.

BACA >>> #ApaNakBuat : Mak, Kereta Saya Kena Langgar Belakang…

Related

6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Allianz Malaysia, Bike Warrior, faedah bike warrior, insurans motor

Comments

  1. Azlan says

    May 18, 2017 at 9:24 PM

    Hi..ins termasuk luar negara tu..terhad thailand n singapura sahaja atau kalau saya d borneo..negara brunei darussalam termasuk tak?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev