• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mitsubishi Colt (2024) Diperkenal di Eropah dengan Enjin NA, Turbo dan Hibrid!

Mitsubishi Colt (2024) Diperkenal di Eropah dengan Enjin NA, Turbo dan Hibrid!

July 7, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


MITSUBISHI Motors Europe BV
, juga subsidiari kepada Mitsubishi Motors di Eropah memperkenalkan Mitsubishi Colt (2024) generasi ketujuh yang menggunakan platform CMF-B dihasilkan pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi.

Mitsubishi Colt (2024) dijenamakan semula daripada Renault Clio generasi kelima yang diperkenalkan pada 2019 dengan rupa baharu (facelift) pada Mei lalu.

Rekabentuk sama tetapi perincian berbeza, terutama bahagian depan bagi membentuk identiti tersendiri. Mitsubishi Colt (2024) baharu adalah perkongsian kedua selepas Mitsubishi ASX baharu yang dijenama semula daripada Renault Captur dan diperkenal di Eropah pada September 2022.

Sejarah Mitsubishi Colt memang panjang, bermula Colt 600 yang diperkenalkan pada 1962. Mitsubishi sinonim dengan sukan permotoran dan Colt 1000F mencatat sejarah pada 1967 sebagai penyertaan pertama Mitsubishi dalam kejuaraan lumba rali antarabangsa.

Mitsubishi Colt juga dekat dengan pengguna tempatan dan pernah ditawarkan secara rasmi. Di Eropah, Colt sudah merentasi enam generasi dengan jualan lebih 1.2 juta unit antara 1978 hingga 2014.

Mitsubishi Colt (2024) membawa rekaan Dynamic Shield dengan gaya berbeza yang menggabungkan lampu depan LED pada bahagian atas dan lampu siang (DRL) LED bentuk L.

Mitsubishi Colt 2023.09
Mitsubishi Colt 2023.08

Bahagian belakang hampir mirip Renault Clio kecuali perbezaan bawah bampar, corak dalam lampu dan tulisan Mitsubishi sepanjang pintu but. Clio hanya ditawarkan dalam versi hibrid (E-Tech).

Jadi lebih terbuka untuk Mitsubishi Colt (2024) kerana menawarkan tiga pilihan pakej kuasa. Varian hibrid Mitsubishi Colt HEV dijana enjin petrol 1.6L dengan dua motor elektrik (alternator-starter dan motor utama), bateri 1.2kWj dan transmisi automatik multimod.

Satu lagi pilihan ialah model petrol Mitsubishi Colt 1.0L Turbo yang dipadankan transmisi manual 6-kelajuan. Pembeli yang mahukan teknologi ringkas pula boleh dapatkan model petrol aspirasi natural (NA) Mitsubishi Colt 1.0L yang dipadankan transmisi manual 5-kelajuan.

Bahagian dalam Mitsubishi Colt (2024) dilengkapi unit infotainment skrin sentuh 7 inci atau 9.3 inci, dan pemandu boleh mengakses sistem Multi-Sense. Sistem ini menawarkan tetapan pemanduan seperti My Sense, Sport, dan Eco, serta respon enjin dan stereng, termasuk lampu ambien.

Bagi kualiti bunyi bagus, pelanggan ditawarkan sistem premium audio Bose. Sebagai sebuah kenderaan moden, Mitsubishi Colt (2024) dilengkapi teknologi bantuan pemanduan berikut:

  • Kawalan Jelajah Boleh Suai dengan Henti & Jalan (ACC), Pencegahan Penukaran Lorong (LDP)
  • Sistem Mitigasi Pelanggaran Berdepan (FCM), Amaran Penukaran Lorong (LDW)
  • Lampu Tinggi Automatik (AHB), Sistem Pengecaman Papan Tanda Jalan Raya
  • Amaran Titik Buta (BSW), Peringatan Lintasan Trafik Belakang (RCTA)
  • Bantuan Senang Parkir

Mitsubishi Colt (2024) akan dikeluarkan di kilang Renault di Bursa, Türkiye dan mula berada di bilik pameran Mitsubishi di Eropah pada Oktober 2023. Pengenalan ini juga mengisi kekosongan sembilan tahun tanpa pengganti di Eropah.

BACA >>> Inilah 10 Kereta Sport Klasik Jepun Terpantas 70-an
BACA >>> Mitsubishi Outlander PHEV, Model PHEV Nombor Satu di Jepun Sepanjang Fiskal 2022!

Mitsubishi Colt 2023.14
Mitsubishi Colt 2023.13
Mitsubishi Colt 2023.01
Mitsubishi Colt 2023.02
Mitsubishi Colt 2023.12
Mitsubishi Colt 2023.11
Mitsubishi Colt 2023.10
Mitsubishi Colt 2023.09
Mitsubishi Colt 2023.08
Mitsubishi Colt 2023.07
Mitsubishi Colt 2023.06
Mitsubishi Colt 2023.05
Mitsubishi Colt 2023.04
Mitsubishi Colt 2023.03

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Mitsubishi, Mitsubishi Colt, Mitsubishi Colt (2024), Mitsubishi Motors Europe BV, Renault-Nissan-Mitsubishi, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev