• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ducati Panigale V2 (2024) Bakal Tiba dalam Warna Hitam Penuh!

Ducati Panigale V2 (2024) Bakal Tiba dalam Warna Hitam Penuh!

June 8, 2023 By Sharil Leave a Comment

161
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SETIAP pengeluar motosikal ada warna khas yang sering gunakan dari penjenamaan hingga seragama produk motosikal. Contohnya Ducati dengan warna merah yang sinonim dengan jenama itu.

Bagaimanapun, Ducati baru-baru ini mengumumkan warna baharu untuk Ducati Panigale V2 (2024), iaitu hitam sepenuhnya.

Liveri Black-On-Black baharu itu sangat berbeza dengan Ducati Red dan juga Iceberg White yang pernah perkenalkan SuperSport 950 S dan Monster (2024).

Selain seragam baharu, Ducati Panigale V2 (2024) mengekalkan mekanikal sama dengan enjin  V-Twin 955cc. Sebagai makluman, Panigale V2 adalah satu-satunya motosikal V-Twin dalam produk Ducati 2024. Enjin ini menghasilkan kuasa 155hp @ 10,750 rpm, dan tork 130Nm @ 9,000 rpm.

Dengan casis daripada Panigale V4, kuasa dihasilkan enjin V-Twin adalah lebih kecil, tetapi memberikan lebih prestasi pada aspek pengendalian dan brek.

Ducati Panigale V2 (2024) juga menampilkan liveri kelabu gelap dengan unsur hitam kilat yang dilengkapkan lencana Panigale V2 dan aksen merah pada tangki, fairing dan rim.

Jika anda sedang mencari model potensi tinggi untuk tunggangan jalanan, dan menawarkan kawalan pengendalian dinamik di trek yang diilhamkan daripada MotoGP, Ducati Panigale V2 (2024) ialah motosikal yang patut anda cari!

Harga berbeza mengikut kawasan. Di Amerika Syarikat (AS), Ducati mengatakan Panigale V2 (2024) akan mula diperkenalkan pada suku ketiga 2023 pada harga bermula AS$18,595 (RM85,910).

Di Malaysia, Ducati Panigale V2 (2023) dijual pada harga RM129,900.

BACA >>> Marquez Bakal Ke Ducati? Ini Jawapan Boss Ducati..
BACA >>> Ducati Malaysia Buka Bilik Pameran Baharu di KL, Lancar Panigale V4 R, Monster SP (2023)

Sumber: Ride Apart

Related

161
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, black on black livery, ducati panigale V2 (2023), Ducati Panigale V2 (2024), hitam, roda2, v-twin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my