• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MBM Lancar Sedan Elektrik Prestasi Tinggi Mercedes-AMG EQS 4MATIC+, Harga RM798k!

MBM Lancar Sedan Elektrik Prestasi Tinggi Mercedes-AMG EQS 4MATIC+, Harga RM798k!

June 8, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SELAIN model Mercedes-AMG EQE 53 4MATIC+ (2023), Mercedes-Benz Malaysia (MBM) turut melancarkan satu lagi model elektrik iaitu AMG EQS 4MATIC+ yang diimport sepenuhnya dari Jerman.

Harga jualan asas Mercedes-AMG EQS ialah RM798,888 seunit, tidak termasuk insurans. Berikut ialah perinciannya:

  • Dilengkapi dua motor elektrik, masing-masing satu untuk setiap gandar menjadikannya sedan pacuan semua roda (4MATIC).
  • Jumlah kuasa dihasilkan ialah 658hp dengan tork 950Nm. Pecutan dari titik pegun ke 100km mengambil masa 3.8 saat, kelajuan maksimum 220kmj.
  • Menerima pakej AMG Dynamic Plus membolehkan output kuasa mencecah sehingga 761hp dan tork 1,020Nm. Masa pecutan berkurang kepada 3.4 saat untuk 0-100km dengan kelajuan maksimum 250kmj.
  • Untuk menikmati prestasi itu, pemandu perlu menggunakan mode Race Start dan memiliki baki kapasiti bateri sebanyak 75 peratus.
  • Jarak pemanduan dengan setiap cas penuh ialah 513 hingga 571km.
  • Masa mengecas bateri menerusi kaedah AC (11kW) memerlukan masa 11 jam 15 minit untuk kapasiti 0 hingga 100 peratus.
  • Pengecasan pantas DC (sehingga 200kW) dari 10 peratus hingga 80 peratus mengambil masa 31 minit.
  • Turut dilengkapi ciri pengemudian gandar roda belakang untuk membantu semasa membelok dan parkir.
  • Ada pakej DYNAMIC SELECT untuk menukar tindak balas sistem pacuan 4MATIC.
  • Sistem brek lebih besar dengan sistem suspensi angin dan kawalan adaptif redaman.
  • Menerima pakej rekabentuk Mercedes-AMG dengan panel grill hitam, spoiler bawah bampar depan, kaliper brek merah, rim 21 inci, bumbung gelangsar panoramik dan lampu digital.
  • Tambahan lain ialah teknologi lampu tinggi automatik, pakej AMG Night dan jalur reflektor di bahagian hadapan.
  • Kabin dilengkapi pakej AMG iaitu tikar kaki, roda setereng gentian karbon, sil pintu, konsol tengah gentian karbon selain pencahayaan ambien dan bumbung mikrofiber hitam.
  • Tempat duduk barisan depan ada fungsi memori dan boleh laras secara elektrik.
  • Ada pakej KEYLESS GO serta ACCESS HANDS FREE.
  • Pengecasan tanpa wayar untuk telefon pintar. Sistem multimedia MBUX termasuk navigasi, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: autoterkini, Mercedes-AMG EQS 4MATIC+, Mercedes-Benz Malaysia (MBM), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my