ADAKAH bintang Repsol Honda MotoGP, Marc Marquez bakal meninggalkan pasukan Honda yang dilihat tidak lagi kompetitif dan menyertai pasukan yang menggunakan motosikal Ducati?
Khabar angin ini semakin mendapat perhatian apabila bekas pelumba MotoGP Yamaha, Jorge Lorenzo yang sanggup meletakkan semua wangnya (pertaruhan) untuk juara enam kali itu beralih kepada Ducati tidak lama lagi.
Secara logiknya, ada kemungkinan juga ia boleh berlaku memandangkan Marquez memang sinonim dengan kemenangan mungkin mahu mempertimbangkan pilihannya untuk masa depan kerana ketika ini, Ducati dilihat antara pasukan yang sesuai untuk Marquez.
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali telah menamatkan spekulasi itu setelah mengeluarkan kenyataan bahawa Marquez tidak sesuai untuk menyarung jersi Ducati.
Menurut laporan Crash.net, Domenicali berkata khabar angin ini bagus kerana ia membuat orang bercakap, namun beliau merasa ia bukan perkara yang sesuai untuk Ducati kerana mereka mempunyai kumpulan penunggang hebat yang telah diasah dari mula.
Ini katanya:
Francesco Bagnaia sungguh berbakat meskipun dia masih melakukan beberapa kesilapan. Namun jika dia tidak melakukan kesilapan, sudah tentu satu lagi kejuaraan dapat dicapai. Tapi bukan sahaja Pecco, kami juga mempunyai Enea Bastianini, Jorge Martin, dan ramai pelumba muda yang kami ikuti.
Menurut Domenicali, Marquez adalah bakat luar biasa yang tidak perlu lagi membuktikan apa-apa kepada sesiapa. Bagaimanapun, Ducati memperoleh kekuatannya melalui cara Ducati bekerja dengan para pelumbanya.
Dengan seolah-olah tiada ruang lagi untuk Marquez di dalam pasukan Ducati, masa depan Marquez kekal misteri hingga hari ini.
Tidak mustahil Marquez mungkin akan berpindah ke syarikat satelit yang mungkin dianggap sebagai 'downgrade' dari kedudukannya sekarang.
Memandangkan kontrak Marquez bersama Honda akan tamat pada akhir musim depan, dia perlu berharap bahawa prestasi pasukan Repsol Honda akan bertambah baik atau beliau perlu mencari pasukan baharu untuk terus bersaing dalam MotoGP.
BACA >>> Ketua Kru Yamaha: MotoGP Dah Jadi Macam F1, Teknologi Motor Atasi Skil Pelumba
BACA >>> Bos MotoGP, F1 Bincang Anjur Perlumbaan Minggu, Lokasi Sama
SUMBER: Crash
Leave a Reply