• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 'Supervisor Sado' Ugut, Tunjal Kepala Awek Kena Tahan Polis

'Supervisor Sado' Ugut, Tunjal Kepala Awek Kena Tahan Polis

June 7, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter

SEORANG penyelia kilang berbadan sado yang dipercayai menunjukkan isyarat lucah, mengetuk cermin sisi kenderaan dan menunjal kepala seorang pemandu wanita ketika dalam perjalanan dari Cameron Hinglands ke Tapah telah ditahan polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata, laporan polis telah diterima daripada wanita berusia 24 tahun itu di Balai Polis Saujana Utama Sungai Buloh, Selangor.

Siasatan pihak polis mendapati kejadian berlaku pada 5.33 petang, semalam ketika wanita itu bersama adik lelaki berusia 17 tahun dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Tapah.

Yusri berkata segalanya bermula apabila wanita itu cuba memotong kereta Proton Persona berwarna kelabu yang dinaiki oleh lelaki sado tersebut, tetapi gagal.

"Pemandu kereta terbabit dipercayai menunjukkan isyarat lucah dan turun dari kenderaan ketika trafik agak sesak sebelum mengetuk cermin kereta berdekatan Pusat Peranginan Lata Iskandar," menurut Yusri dalam kenyataannya.

Ketika pengadu menurunkan cermin kereta, suspek dipercayai memarahi, menunjal kepala pengadu sebanyak dua kali dan sambil mengeluarkan kata-kata ugutan.

Hasil semakan polis mendapati nombor kenderaan dinaiki oleh lelaki terbabit didaftarkan atas nama seorang wanita beralamat Tanjong Karang, Selangor.

Katanya, lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di sekitar Serdang, Selangor, dan dibawa ke IPD Tapah untuk siasatan selanjutnya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 323/506/509 Kanun Keseksaan.

BACA >>> Pemandu HR-V Merah Samseng Akhirnya Kena Saman
BACA >>> Pernah Langgar Lari Motosikal, Pemandu HR-V Samseng Buat Hal Lagi!

SUMBER: PDRM

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Cameron Highlands, lelaki sado, PDRM, Samseng, tunjal kepala, wanita

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev