• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BMW G 310 GS Sah Masuk Malaysia Tahun Ini - Harga Bawah RM35,000?

BMW G 310 GS Sah Masuk Malaysia Tahun Ini - Harga Bawah RM35,000?

March 19, 2017 By Abang GYL 2 Comments

13.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BMW G 310 GSBERITA baik buat anda yang sedang ternanti-nanti kehadiran motosikal BMW G 310 GS! Motosikal touring itu dijangka bakal memasuki pasaran Malaysia tahun ini.

Berdasarkan laporan rakan media kami Mekanika Malaysia, BMW G 310 GS dijangka akan berada di pasaran selewat-lewatnya Ogos depan.

Mula dilancarkan bersempena EICMA 2016, model dengan kod nama K03 itu dibangunkan BMW Motorrad di Jerman dan dipasang pengeluar motosikal India, TVS Motor Company.

BMW G 310 GS masih mempertahankan elemen penggayaan daripada abang besarnya, GS yang dapat dilihat menerusi paruh hadapan besar, lapisan radiator, kowl lampu depan dan stiker GS pada tangki minyak.

ENJIN KEKAL

Nadi yang menggerakkan BMW G 310 GS ialah enjin sama boleh didapati pada model BMW G 310 R.

Enjin 313cc silinder tunggal penyejukan cecair menghasilkan kuasa 34hp pada 9,500rpm dan tork 28Nm (10,500rpm) serta mematuhi piawaian emisi Eropah, Euro 4.

Hantaran kuasa ke roda belakang diuruskan kotak gear 6-kelajuan. Berat jentera pula ialah 169.6kg, manakala sistem suspensi depan menggunakan jenis fork terbalik bersama travel 41mm dan belakang, monoshock berserta travel 180mm yang boleh dilaraskan.

Model BMW G 310 GS tampil dengan rim aloi depan bersaiz 19 inci dan belakang, 17-inci. Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan pengangkut barang (carrier) menjadi ciri standard, termasuk aksesori lain seperti hendal dengan ciri pemanas, navigasi satelit, soket kuasa 12 volt dan pilihan ketinggian pelana (820mm dan 850mm).

PESAING

Yang pasti, BMW G 310 GS bakal bersaing dengan KTM 390 Adventure, Kawasaki Versys 250 dan Suzuki V Strom 250.

BACA >>> Maaf, Honda CBR250RR Tak Jadi Masuk Malaysia Tahun Ini

BACA >>> Kawasaki Lancar 4 Model Sepanjang 2017 - Z900 (RM58k), X250 (RM25k), Z650 (RM37k) & Ninja 650 (RM38k)

HARGA BAWAH RM35,000

Berdasarkan sumber diperolehi daripada mekanika, model itu dijangka akan dijual pada harga bawah RM35,000. Jika benar, ia akan menjadi model paling murah dalam barisan ahli keluarga BMW Motorrad Malaysia.

Sama-sama kita nantikan.

GALERI

BMW G 310 GS

Related

13.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW, BMW G 310 GS, BMW Motorrad Malaysia, Kawasaki Versys 250, KTM 390 Adventure, Suzuki V Strom 250, touring

Comments

  1. azmi bin salleh says

    November 6, 2017 at 9:15 PM

    so good price where can i get test drive for this bike

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my