• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PDRM Tahan 2 Lelaki Menyamar Polis, Penjawat Awam Antara Ditahan

PDRM Tahan 2 Lelaki Menyamar Polis, Penjawat Awam Antara Ditahan

June 6, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sudah menahan dua daripada tiga lelaki yang menyamar sebagai anggota polis dengan memakai seragam polis dan menggunakan lampu strob (beacon) biru pada Honda City dipandu.

Semalam (5 Jun 2023), lebih kurang jam 6 petang, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai memberkas dua lelaki tempatan berumur 43 dan 48 tahun, yang mana salah seorang suspek ialah penjawat awam.

Polis juga merampas baju pantulan cahaya, lampu beacon mudah alih, lampu suluh fenixe35, lampu utama dan Honda City, termasuk kunci.

Kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan dan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Kes turut disiasat di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang 10 kali nilai barang, atau RM100,000 yang mana lebih besar, dan tidak lebih 20 kali ganda nilai barang, atau RM500,000 yang mana lebih besar, atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, satu klip video tular di media sosial yang menunjukkan suspek cuba mengarahkan sebuah kereta berhenti di KM41.5 Lebuhraya Utara-Selatan menghala Utara bersebelahan susur keluar Plaza Tol Sedenak, Kulai.

Polis Johor meminta masyarakat terus menyalurkan maklumat mengenai aktiviti jenayah dan penyeludupan yang berlaku di sekeliling dan membantu polis mengesan suspek yang masih bebas.

Polis Johor juga tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak mengikut undang-undang dalam usaha membanteras kejadian jenayah dan penyeludupan serta individu yang menyamar polis.

BACA >>> JPJ Keluar Lebih 2,000 Notis Saman Salah Guna Lampu Strob, Lampu Mata Arah
BACA >>> Polis Buru Pemandu Persendirian Guna Lampu Strob, Berlagak Penguat Kuasa

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Honda City, IPD Kulai, menyamar polis, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Polis Palsu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev