• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / APM Melaka Pertimbang Rekrut Mat Rempit Sertai Pasukan Ambulans Motosikal

APM Melaka Pertimbang Rekrut Mat Rempit Sertai Pasukan Ambulans Motosikal

June 6, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter

MAT rempit atau mat motor sedang dipertimbangkan untuk direkrut sebagai sebahagian daripada pasukan ambulans motosikal agar lebih berguna kepada masyarakat.

Pengerusi kategori Pegawai Korporat Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (CDF) Melaka, Kol (PA) Mike Thein berkata kertas kerja untuk merekrut kumpulan motosikal ini sedang dijalankan dan ia bakal menjalani proses kajian.

Latihan akan disediakan untuk penunggang motosikal ini untuk melakukan kemahiran asas Resusitasi Kardiopulmonari dan sokongan hidup serta penghantaran makanan kepada mangsa banjir sebelum pasukan penuh tiba di lokasi kecemasan,” katanya.

Beliau berkata pasukan paramedik bermotosikal akan membawa peralatan menyelamatkan nyawa dan dapat bertindak balas terhadap kecemasan perubatan dengan lebih pantas berbanding kereta atau van dalam sering tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.

Saya berhasrat untuk memberi peluang kepada kumpulan itu untuk menjadikan mereka sukarelawan untuk tujuan murni dan mencadangkan butiran ini dalam kertas kerja saya," katanya.

Tambahnya, beliau juga akan memperkenalkan perkhidmatan kecemasan dua roda (motosikal dan basikal) di destinasi pelancongan yang sukar dicapai di bandar ini dan akan ada enam sukarelawan ditempatkan dalam setiap pasukan.

Beliau berkata penubuhan pasukan itu akan dimodelkan berdasarkan nasihat daripada jabatan berkaitan dan matlamatnya adalah untuk mengurangkan masa tindak balas di kawasan sibuk dan kawasan dilanda banjir.

Thein juga berkata bahawa berpuluh-puluh sukarelawan CDF dan juga orang luar telah dilatih dalam teknik menyelamat air bagi meningkatkan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir dan bencana alam lain.

BACA >>> Polis Tahan Mat Rempit Mabuk Tunggang Motor Hampir 300kmj
BACA >>> Mat Rempit Makin 'Bijak', Tunjuk Cara 'Fly' Sambil Tutup Nombor Plat

SUMBER: The Star

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), CDF, Kol (PA) Mike Thein, mat motor, mat rempit, Melaka

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev