• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kove 450RR Sedia Dihasilkan, Klon Ducati Panigale yang Mampu Saingi Kawasaki ZX-4RR

Kove 450RR Sedia Dihasilkan, Klon Ducati Panigale yang Mampu Saingi Kawasaki ZX-4RR

June 2, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


DENGAN kehadiran Kawasaki ZX-4RR yang menakjubkan, sportsbike dalam segmen 400-450cc semakin popular seperti era 90-an.

Selepas melancarkan Kove 400RR, Kove tidak berdiam diri apabila satu lagi sportbike 4-silinder, Kove 450RR dilaporkan bersedia memasuki fasa pengeluaran.

Dari segi gaya, Kove menurunkan sedikit keagresifan sportbike itu dengan memberikan penampilan lebih konvensional. Namun model itu masih sepadang winglet, cermin depan gelembung, hendal jenis clip-on dan bahagian belakang agresif, mirip Ducati Panigale.

Jika pada 2022, Kove memperkenalkan model dengan enjin 399cc, tetapi Kove 450RR ini bakal dilengkapi enjin 4-silinder 443cc yang lebih besar.

Output kuasa dinaikkan kepada 70.9hp @ 13,000rpm (75hp dengan ram udara), dan tork 39.3Nm @ 10,500 rpm.

Jika memasuki fasa pengeluaran kelak, Kove 450RR akan menjadi satu-satunya motosikal 4-silinder sebaris dengan sesaran enjin tersebut di pasaran.

Frem Kove 450RR dibuat daripada trellis keluli, dengan berat 163kg, lebih ringan daripada Kawasaki ZX-4RR (188kg).

Sportbike ini boleh didapati dalam dua varian: Standard dan Performance. Versi standard dilengkapi fork Yu-an 41mm di depan dan monoshock jenama sama di belakang, manakala varian Performance menggunakan fork KYB boleh laras dan dipasangkan damper stereng.

Kaliper brek Taisko konvensional turut digunakan, manakala varian Performance menggunakan brek radial. Varian Performance juga dilengkapi tayar sport Maxxis.

Ciri elektronik kedua-dua varian dilengkapi kawalan traksi dan klac anti-loncat. Varian Performance juga menambah kawalan pelancaran dan hill quickshifter. Instrumen versi standard ialah LCD, manakala Performance mempunyai paparan TFT berwarna.

Pada masa ini, Kove hanya beroperasi di China, dengan beberapa model menuju ke negara jiran di bawah jenama berbeza. Kove sebelum ini membuat pengumuman membuka pintu di Itali.

BACA >>> Sportbike 4 Dapur 400cc Kove 400RR (2023) Ini Mampu Pecut 220kmj!
BACA >>> #BIMS2023: Thailand Dapat Kawasaki Ninja ZX-4R (2023), Harga Mula RM41.5k!

kove 450RR-2
kove 450RR-1
kove 450RR-
kove 450RR-3
tvs-raider-125-racing-special-edition-2023-bg

SUMBER: InMoto

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: China, enjin empat silinder, Hypersport, Kove 450RR, roda2, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev