• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Skuter Elektrik, Yadea F200 (2023) untuk Eropah Didedahkan, Direka Bersama Porsche 

Skuter Elektrik, Yadea F200 (2023) untuk Eropah Didedahkan, Direka Bersama Porsche 

June 1, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGELUAR dua roda elektrik dari China, Yadea mendedahkan skuter elektrik F200 (2023) yang bakal ditawarkan untuk pasaran Eropah tidak lama lagi.

Menariknya, Yadea F200 (2023) ini dibangunkan bersama divisyen rekabentuk pengeluar kereta premium, Porsche.

Gaya Yadea F200 (2023) mengambil ilham rekabentuk kereta sport elegan, tetapi butiran lanjut seperti harga dan spesifikasi untuk pasaran Eropah masih belum didedahkan.

Dari segi prestasi, Yadea F200 (2023) menawarkan prestasi setanding kebanyakan skuter enjin pembakaran dalaman (ICE) 125cc.

Yadea F200-15.jpg1
Yadea F200-11

Kuasa skuter elektrik ini dijana daripada set bateri kembar, dan motor elektrik berkapasiti 11kW yang menghasilkan tork 236Nm.

Dengan tork setinggi itu, Yadea F200 (2023) mampu memecut 0-50kmj sepantas 2.5 saat sahaja. Kelajuan tertinggi dapat dicapai skuter elektrik ini 100kmj, manakala jarak perjalanan sekali cas kira-kira 128km.

Yadea F200-1
Yadea F200-8

Berikut ciri lain Yadea F200 (2023):

  • Jarak suluhan lampu depan hingga 70 meter.
  • Dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
  • Kapasiti ruang simpanan 31 liter.
  • Panjang pelana 760mm.
  • Tahap kalis air IPX7 Kedalaman 300mm
  • Panel meter TFT 7 inci
  • Absorber hidraulik dengan saiz tayar 110/70-14 (depan), dan 130/70-13 (belakang)

Maklumat lanjut Yadea F200 (2023) akan didedahkan tidak lama lagi. Adakah skuter elektrik ini akan masuk ke Malaysia? Sebagai makluman, pengedar rasmi motoiskal Yadea di Malaysia ialah MForce Bike Holdings Sdn Bhd.

Jadi ada kemungkinan skuter ini bakal menjengah pasaran Malaysia nanti.

BACA >>> MForce Bike Jadi Pengimport, Pemasang, Pengedar Rasmi Jenama YADEA di Malaysia
BACA >>> Yadea C1S - Skuter Elektrik Gaya Retro Buatan China Akan Masuk Eropah

Yadea F200-
Yadea F200-1
Yadea F200-2
Yadea F200-3
Yadea F200-4
Yadea F200-5
Yadea F200-6
Yadea F200-7
Yadea F200-8
Yadea F200-9
Yadea F200-10
Yadea F200-11
Yadea F200-12
Yadea F200-15.jpg1

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: China, Eropah, MForce Bike Holding Sdn Bhd, Porsche, roda2, skuter elektrik, Yadea F200

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev