• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kerajaan Cadang Masukkan Lesen PSV E untuk Pandu Bas dalam Program MyLesen

Kerajaan Cadang Masukkan Lesen PSV E untuk Pandu Bas dalam Program MyLesen

May 31, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


KERAJAAN merancang memperluas perlaksanaan program MyLesen membabitkan lesen perkhidmatan kenderaan awam (PSV) kelas E (bas) dalam usaha memastikan industri perkhidmatan bas lebih berdaya saing dan selamat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata,  Kementerian menerima maklumat daripada pengusaha perkhidmatan bas mengenai kesukaran mendapatkan individu yang mahu bekerja sebagai pemandu bas.

lesen-bas-psv-e-1
bas-ekspres-sani
lesen-bas-psv-e

Loke mengakui negara kekurangan pemandu bas, sama ada jenis henti-henti atau ekspres. Menurutnya, pengusaha bas bukan saja sukar merekrut, tetapi juga mengekalkan pemandu bas.

Sebab itu kita buat program ini, nak melatih pemandu mendapat lesen E. Kita mahu melahirkan pemandu yang baik, berhemah supaya memastikan industri perkhidmatan bas juga dapat berdaya saing dan selamat, itu yang penting," katanya.

Antara punca negara kekurangan pemandu bas disebabkan penghijrahan pemandu bas ke Singapura untuk mendapatkan gaji lebih tinggi.

Sebab itu kita berhasrat melaksanakan satu program untuk melatih dan melesenkan pemandu bas.

"Program itu sama seperti yang kita lancarkan hari ini, calon yang layak akan mengikuti kelas di institut memandu dan menduduki ujian, semua ditanggung Kerajaan. Kita jangka program ini akan dilaksanakan tahun ini juga," kata Loke lagi.

BACA >>> Kerajaan Lancar Program MyLesen B2 untuk Bantu B40 Dapatkan Lesen Motosikal
BACA >>> Ujian Teori Lesen Vokasional PSV, GDL Mansuh Serta-Merta

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, B40, lesen bas E, lesen perkhidmatan awam, Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) Kelas E, Lesen PSV, MoT, MyLesen, PSV Kelas E

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev