• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Foto Rasmi Hyundai Exter (2023) Didedahkan, Lancar di India 10 Julai Ini

Foto Rasmi Hyundai Exter (2023) Didedahkan, Lancar di India 10 Julai Ini

May 31, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


KENDERAAN utiliti sukan (SUV) segmen-A, Hyundai Exter (2023) didedahkan menjelang pelancaran rasmi di pasaran India, 10 Julai nanti.

Terdahulu, Hyundai hanya mendedahkan rupa depan ketika membuka tempahan SUV itu, tetapi kali ini rupa belakang turut didedahkan.

Hyundai Exter (2023)

Rupa depan Hyundai Exter (2023) masih mengekalkan rekabentuk parametrik Hyundai yang berbentuk kotak dan menegak. Lampu utama LED disepadu dalam gril hitam lebar dengan plat skid perak di bawah, manakala lampu siang (DRL) bentuk 'H' diposisikan di atas.

Dari sisi, SUV itu mendapat pelapik (cladding) plastik pada fender tayar untuk menyerlahkan imej SUV lasak. Rim aloi jenis dwi-tona dengan rel bumbung, kemasan tekstur pada pilar-C dan warna badan dwi-tona untuk efek bumbung apung.

Bahagian belakang mendapat kemasan panel bertekstur hitam yang memanjang dan bersambung dengan lampu belakang LED, dan logo Hyundai krom di tengah.

Seperti lampu depan, lampu belakang turut mengetengah imej LED bentuk 'H'. Bampar belakang pula menerima rekaan dwi-tona dengan aksen hitam dan difuser perak.

Trenkuasa Hyundai Exter (2023)

Berkongsi asas dengan Hyundai Grand i10 Nios dan Aura, Hyundai Exter (2023) akan ditawarkan dalam enjin petrol aspirasi natural (NA) 4-silinder 1.2L berkuasa 83hp dan tork 114Nm.

Enjin ini akan mendapat dua opsyen kotak gear, iaitu manual 5-kelajuan atau transmmisi automatik-manual (AMT). Ada tiga trenkuasa ditawarkan:

  • 1.2L Kappa Petrol (E20 Fuel Ready) dengan transmisi manual 5-kelajuan (5MT)
  • 1.2L Kappa Petrol (E20 Fuel Ready) dengan transmisi Smart Auto AMT (Automated Manual Transmission)
  • 1.2L Bi-Fuel Petrol Kappa dengan enjin CN  dengan transmisi manual 5-kelajuan

Output rasmi masih belum didedahkan.

Ciri Keselamatan

Hyundai Exter (2023) akan menjadi SUV bawah 4 meter pertama India yang dilengkapi 6 beg udara sebagai ciri standard untuk semua varian.

SUV ini juga menawarkan 26 ciri keselamatan yang ada pada semua varian seperti berikut;

  • Kawalan Stabliti Elektronik (ESC)
  • Pengurus Stabiliti Kenderaan (VSM)
  • Kawalan Bantu Daki Bukit (HAC)
  • Tali keledar 3-poin, dan pengingat tali keledar (semua kerusi)
  • Entri tanpa kunci (keyless)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Sensor parkir belakang
  • ESS
  • Penggera kecurian

Malah, SUV ini turut dilengkapi lebih 40 ciri ksseselamatan termaju seperti:

  • Lampu eskot
  • Lampu utama automatik
  • ISOFIX
  • Nyah kabus belakang
  • Kamera parkir belakang
  • Kamera pemuka dengan dwi kamera
  • Sistem Pemantai Tekanan Tayar (TPMS), varian Highline sahaja.

BACA >>> Hyundai Mahu ke Angkasa! Kini Bangunkan Kenderaan Jelajah Bulan
BACA >>> Hyundai Sonata (2023) Facelift Diperkenal yang 180º Berbeza, Lebih Agresif!

SUMBER: Hyundai

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: hyundai exter, India, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, segmen A, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu
    Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my