• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Bocor, Foto Volkswagen Polo (2018) Tanpa Samaran! Bakal Tampil Rekabentuk 'Boxy'

Bocor, Foto Volkswagen Polo (2018) Tanpa Samaran! Bakal Tampil Rekabentuk 'Boxy'

March 19, 2017 By Han Othman 3 Comments

358
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KELIBAT Volkswagen Polo (2018) dikesan di Afrika Selatan tanpa sebarang samaran, sekali gus memberikan gambaran awal sebenar model subkompak itu.

Sumber imej risiko itu diperoleh daripada seorang pembaca Cars.co.za dan dia turut menyokong dakwaan desas-desus sebelum ini yang mengatakan Volkswagen Polo (2018) baharu ini akan diberikan beberapa penambahbaikan ruang kabin berbanding model sedia ada. Ini pastinya memberikan saingan sengit kepada model pesaing seperti Ford Fiesta, Kia Rio dan Citroen C3.

BACA >>> Ford Fiesta ST Tampil Enjin 3-Silinder Berkuasa 197hp, Mampu Pecut 6.7 Saat

PLATFORM DAN ENJIN BAHARU

Platform Volkswagen Polo sedia ada sudah dibangunkan sejak 2009.

Berasaskan platform baharu, MQB-A0, Polo (2018) akan menggunakan barisan enjin baharu yang dikemas kini, iaitu 1.5L TSI petrol (128hp dan 148hp) bagi menggantikan enjin lama, 1.4L TSI. Versi permulaan atau paling bawah dibekalkan enjin 3-silinder 1.0L petrol dengan empat variasi kuasa berbeza, iaitu 64hp, 74hp, 94hp dan 113hp. Varian diesel juga diperkenalkan yang dijangka bakal memanfaatkan enjin 1.6L TDI.

Tidak lupa pula varian paling berkuasa, Volkswagen Polo GTI (2018) yang khabarnya didatangkan dengan kuasa 200hp daripada kebuk enjin 2.0L TSI. Namun, model tersebut kemungkinan juga menggunakan enjin 1.8L sedia ada yang dinaik taraf. Sistem transmisi menawarkan opsyen manual antara 5 dan 6-kelajuan, manakala automatik menggunakan kotak gear dual-klac 7-kelajuan untuk model spesifikasi tinggi.

Beberapa sumber turut mendakwa Polo baharu kali ini akan tampil dengan kemasan dalaman lebih baik, termasuk memuatkan ciri kereta moden terkini seperti paparan instrumen digital dan infotainment skrin sentuh besar serta pelbagai ciri sistem keselamatan aktif.

Volkswagen Polo (2018) bakal debut di Pameran Motor Frankfurt 2017 di Jerman pada September ini. Mari, kita layan dulu dua foto risiko di bawah ini. Menarik bukan? 😀

Spyshot-Volkswagen-Polo-2018-i
Spyshot-Volkswagen-Polo-2018-ii

SUMBER: Car Scoops

Related

358
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Pameran Motor Frankfurt 2017, Roda4, subkompak, supermini, Volkswagen, Volkswagen Polo, Volkswagen Polo (2018), Volkswagen Polo GTI (2018)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev