• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Foto Toyota Alphard, Vellfire (2023) Serba Baharu Terdedah Sebelum Lancar

Foto Toyota Alphard, Vellfire (2023) Serba Baharu Terdedah Sebelum Lancar

May 30, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


SEBELUM ini bocor foto Toyota Alphard dan Toyota Vellfire yang merupakan gabungan render digital dan gambar daripada sesi latihan produk, tetapi kali ini dua gambar baharu kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah itu dapat dilihat jelas.

Kedua-dua Alphard dan Vellfire sebar baharu itu bakal dilancarkan di Jepun Jun ini yang dibina berasaskan platform sama dengan Lexus LM, tetapi dengan rekaan garis depan, sisi dan belakang berbeza.

Toyota Alphard baharu masih mempunyai stabiliser depa n, sama seperti model semasa, tetapi rekabentuk baharu ini dirombak semula supaya lebih moden. Lampu depan jenis LED Tri-Eyes dengan lampu siang (DRL) terpisah dalam kepingan kecil.

Bahagia gril dengan corak putus-putus turut terdapat pada lampu belakang Matrix OLED walaupun tanpa garis cahaya yang bersilang dari kiri ke kanan, seperti Lexus LM.

Toyota Vellfire baharu pula masih menggunakan konsep asal sebagai MPV buat pembeli yang mahukan rekabentuk sporty. Lampu depan diubah suai lebih kecil daripada model asal, tetapi masih mengekalkan identiti lampu dua lapis yang menggunakan jalur krom dari gril depan sebagai pemisah tengah.

Bahagian tepi bawah bampar dihiasi kemasan krom, manakala lampu belakang menggunakan rekaan sama seperti Alphard, tetapi butiran dalam lampu berbeza.

Saiz dan dimensi luaran Toyota Alphard dan Toyota Vellfire baharu memiliki panjang 4,940mm, lebar 1,850mm, tinggi 1,880mm, dan jarak roda 3,010mm.

Berbanding Alphard semasa, model baharu ini ialah 5mm lebih pendek, lebar sama, 15mm lebih rendah dan jarak roda 10mm lebih panjang.

Ada dua trenkuasa ditawarkan:

  • Enjin petrol 4-silinder 2.5L D-4S dengan kuasa maksimum 205hp dan tork maksimum 250Nm, dipasangkan dengan transmisi automatik CVT 10-kelajuan
  • Enjin petrol 4-silinder 2.5L liter dengan motor elektrik berkuasa maksimum 211hp dengan transmisi automatik E-CVT.

BACA >>> Toyota Vellfire, Alphard (2020) Buka Tempahan, Siap Waranti Kilang 5 Tahun!
BACA >>> Video Vellfire Selamba Pancung Jalan, Siap Cakap Tolak Ansurlah Melayu...

SUMBER: headlightmag

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: All-new, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), Leaked, MPV, Roda4, Toyota Alphard, Toyota vELLFIRE

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my