• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Satu Lagi Pusat 4S Mitsubishi Buka di Johor!

Satu Lagi Pusat 4S Mitsubishi Buka di Johor!

May 29, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) mengumumkan pembukaan premis terbaharu yang dinaik taraf kepada Pusat 4S di Jalan Angkasa Mas 2, Kawasan Perindustrian Tebrau 2, 81100 Johor Bahru, Johor..

Premis di bawah pengedar sah, MM Supreme Sdn Bhd itu direka dengan identiti jenama global terbaharu bersama mesej Drive Your Ambition yang memiliki bilik pameran seluas 1,393.5 meter persegi dan persekitaran inklusif untuk keselesaan pelanggan.

Pusat 4S Mitsubishi Motors itu boleh menempatkan empat model kenderaan pada satu-satu masa, dan ada ruang istirahat dengan sambungan WiFi serta sudut untuk anak kecil.

Penyelengaraan kenderaan dibuat menerusi enam ruang servis, yang turut menyediakan perkhidmatan baik pulih badan dan mengecat kenderaan mengikut standard serta jaminan kualiti tinggi. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MMM, Shinya Ikeda berkata;

Mitsubishi Motors (MMM) dan MM Supreme sudah menjadi rakan perniagaan sejak 2009. Kerjasama sepanjang 14 tahun menyaksikan MM Supreme membuka tiga bilik pameran Mitsubishi di Johor, pertama di Batu Pahat pada 2009, disusuli di Muar pada 2011 dan kini Pusat 4S di Johor Bahru."

Pusat 4S itu, yang terletak di Jalan Angkasa Mas 2, Kawasan Perindustrian Tebrau 2, dibuka dari Isnin hingga Ahad, jam 8 pagi hingga 6 petang.

BACA >>> Mitsubishi Malaysia Capai Jualan Tertinggi Sejak Ditubuhkan, Jualan 2022 Lebih 24k Unit!

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Mitsubishi Drive Your Ambition, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), MM Supreme, Pusat 4S Mitsubishi Motors Malaysia, Roda4, Shinya Ikeda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my