• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 16k Unit Mitsubishi Delica Mini (2023) Ditempah di Jepun, 60 Peratus Pilih 4WD!

16k Unit Mitsubishi Delica Mini (2023) Ditempah di Jepun, 60 Peratus Pilih 4WD!

June 27, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


Pada 13 Januari lalu, Mitsubishi membuka tempahan awal model baharu Delica Mini (2023) di Jepun. Bagaimanakah sambutannya?

Tidak sekadar gembar-gembur, setakat 24 Mei lalu, anggaran tempahan kei-cari itu mencecah 16,000 unit!

Hampir 60 peratus pelanggan yang membuat tempahan awal memilih varian pacuan empat roda (4WD) dengan tayar besar 165/60R15 dan absorber istimewa yang dikhaskan untuk model 4WD.

Ada empat varian utama ditawarkan dengan Mitsubishi Delica Mini T Premium dan T dibekalkan enjin hibrid 3-silinder turbo. Delica Mini G Premium dan G pula dijana enjin hibrid tanpa turbo.

Kedua-dua jenis enjin dipadankan transmisi automatik CVT dan pelanggan boleh membuat pilihan antara pacuan dua roda (2WD) dan 4WD yang tersedia pada semua varian.

Mitsubishi menerima tempahan dari pelbagai jenis pelanggan dan ada kelangan mereka meminati model itu kerana rekabentuk ala Delica dan saiz ruang dalaman. Dari segi praktikaliti, pintu belakang jenis gelangsar mempunyai ukuran lebar 650mm dan lantai rata memudahkan penumpang keluar dan masuk.

Pintu itu juga ada fungsi bebas tangan automatik dan boleh dibuka dan ditutup menggunakan sensor kaki. Ini sangat membantu apabila kedua-dua tangan penuh dengan pelbagai barangan.

Kerusi belakang boleh dilaras dengan jarak 320mm dan ada ruang kaki selesa walaupun kerusi depan dianjak ke posisi maksimum.

Bagi teknologi bantuan pemanduan, varian T Premium dan G Premium dilengkapi sistem Mi-Pilot dengan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) jenis radar, Kawalan Stereng dan Bantuan Kekal Lorong (LKA). Berikut butiran pembahagian tempahan diterima setakat 24 Mei lalu:

Varian dan Pacuan
  • T Premium (turbo) - 65 peratus
  • T (turbo) - 5 peratus
  • G Premium - 25 peratus
  • G - 5 peratus
  • 2WD - 42 peratus
  • 4WD - 58 peratus
Warna
  • Ash Green Metallic/Black Mica - 21 peratus
  • Ash Green Metallic - 16 peratus
  • White Pearl - 12 peratus

Mitsubishi Delica Mini (2023) dijual daripada 1,804,000 yen (RM59,395) untuk varian G Hybrid 2WD hingga 2,238,500 yen (RM73,710), varian paling premium, T Premium Turbo Hybrid 4WD.

BACA >>> Mitsubishi XFC Concept, SUV Subkompak Bakal Saingi Proton X50, Perodua Ativa
BACA >>> SUV Mitsubishi Hibrid Gaya Sport, Outlander Ralliart Style dan Eclipse Cross Ralliart Style

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Delica Mini, Keicar, Mitsubishi, Mitsubishi Delica Mini, Mitsubishi Delica Mini (2023), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my