• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Simple One (2023) - Skuter Elektrik Paling Jauh Tunggang di India, 212km Sekali Cas

Simple One (2023) - Skuter Elektrik Paling Jauh Tunggang di India, 212km Sekali Cas

May 26, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SYARIKAT pemula India, Simple Energy memperkenalkan skuter elektrik pertama jenama itu, Simple One yang ditawarkan pada harga 145,000 rupee (RM8,090).

Ada enam pilihan warna ditawarkan: Namma Red (merah), Brazen Black (hitam), Azure Blue (biru), Grace White (putih) dan dua warna edisi khas, BrazenX dan LightX.

Skuter Simple One bakal memberi saingan sengit kepada beberapa pengeluar popular dalam segmen dua roda elektrik di India seperti Ather Energy, Ola Electric dan TVS Motor.

Berikut perincian skuter EV itu:

  • Dipacu motor elektik berkuasa 8.5kW (11.4hp) dan kuasa norminal berterusan 4.5kW (6hp) dengan tork 72Nm.
  • Boleh memecut 40kmj dalam masa 2.77 saat, dengan kelajuan maksimum 105kmj.
  • Ada empat mod tunggang: Eco, Ride, Dash dan Sonic.
  • Menggunakan pek bateri litium-ion 5kWh yang menawarkan jarak tunggangan sejauh 212km (Kitaran Pemanduan India, IDC).
  • Jarak tunggangan 212km menjadikan Simple One sebagai skuter elektrik India dengan jarak tunggangan paling jauh.
  • Jarak 212km itu disahkan badan pensijilan dan ujian automotif India, Persatuan Kajian Automotif India (ARAI).
  • Dilengkapi pek bateri kekal dan boleh tanggal (mudah alih), masing-masing mengambil masa cas 3 jam 47 minit, dan 2 jam 7 minit dengan pengecas rumah.
  • Menggunakan sistem lampu LED penuh.
  • Panel meter TFT skrin sentuh 7 inci dengan sambungan Bluetooth dan 4G LTE.
  • Ada aplikasi bantuan parkir, peta navigasi, statistik tunggangan, naik taraf perisian secara atas talian (OTA), terima panggilan masuk, dan kawalan muzik.
  • Rim aloi 12 inci dengan saiz tayar 90/90. Sistem brek cakera tunggal dengan teknologi Sistem Brek Kombi (CBS).
  • Berat 134kg dan ruang simpanan bawah pelana 30 liter.
  • Waranti tiga tahun atau jarak 30,000km untuk skuter, motor dan bateri.
  • Waranti setahun atau 10,000km untuk pengecas bateri.
Simple One Skuter Elektrik (2023) - 7
Simple One Skuter Elektrik (2023) - 17
Simple One Skuter Elektrik (2023) - 16
Simple One Skuter Elektrik (2023) - 13
Simple One Skuter Elektrik (2023) - 10
Simple One Skuter Elektrik (2023) - 5
Simple One Skuter Elektrik (2023) - 6
Simple One Skuter Elektrik (2023) - 12
Simple One Skuter Elektrik (2023) - 14
Simple One Skuter Elektrik (2023) - 4

SUMBER: BikeWale | Mint |

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: ARAI (Automotive Research Association of India), Ather Energy, autoterkini, Ola Electric, roda2, Simple Energy, Simple One, skuter elektrik, TVS Motor Co

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev