SELEPAS tular klip video di media sosial, pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda HR-V merah akhirnya disaman polis kerana memandu cuai hingga menyebabkan kemalangan di Jalan 21/37, Petaling Jaya, 3 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, berdasarkan klip video 2 minit 9 saat tular itu, pemandu SUV tersebut didapati melanggar penunggang motosikal jenis Yamaha sekitar jam 7.10 pagi.
Kita menerima laporan daripada kedua-dua pihak terlibat dalam kemalangan itu. Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).
"Tindakan saman sudah dikeluarkan ke atas pemandu SUV terbabit atas kesalahan gagal mengawal kenderaan hingga menyebabkan kemalangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Fakhrudin juga mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang insiden kemalangan.
Kita tidak akan berkompromi kepada mana-mana individu yang memandu secara berbahaya dan tindakan tegas akan diambil ke atas pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang,” katanya.
Baru-baru ini, satu lagi klip video kamera pemuka lain (lihat atas) tular di media sosial yang menunjukkan pemandu HR-V merah sama dikesan melakukan provokasi terhadap kenderaan lain yang cuba memasuki simpang dengan sengaja berhenti beberapa kali di tengah jalan untuk menghalang laluan.
BACA >>> Pernah Langgar Lari Motosikal, Pemandu HR-V Samseng Buat Hal Lagi!
BACA >>> Polis Temerloh Sita 51 Motor, Keluar 251 Saman dalam Op Samseng Jalanan
SUMBER: Kosmo
Leave a Reply