KEBANYAKAN kenderaan baharu kini dilengkapi beg udara sebagai salah satu ciri keselamatan standard untuk mengurangkan kecederaan dan menyelamatkan pemandu atau penumpang jika terlibat dalam kemalangan.
Secara teknikal, beg udara berfungsi menggunakan sejenis bahan kimia sebagai medium mengembang (inflator) dengan ammonium nitrat atau serbuk kimia lain sebagai pemicu. Gas ini akan mengembang dengan pantas ketika haba terhasil disebabkan inflator.
Susulan sistem itu menggunakan gas untuk mengembang beg udara, timbul satu persoalan iaitu adakah beg udara ada tarikh luput?
Portal Kompas melaporkan Ketua Bengkel Astra Peugeot di Sunter (Jakarta Utara), Rafi'i Sinurat mendedahkan beg udara secara asasnya ada tarikh luput tetapi boleh bertahan selama bertahun-tahun jika ia belum pernah digunakan.
Beliau berkata:
Jika kamu melihat pada regulasi sedia ada di Peugeot, tarikh luput beg udara untuk semua varian Peugeot ialah sekitar 10 tahun."
"Meskipun lepas tempoh itu (hayat 10 tahun) dan keadaan beg udara masih baik, komponen itu masih boleh berfungsi sekiranya diperlukan."
Rafi'i menjelaskan tarikh luput atau tempoh servis hayat itu wujud kerana pengeluar beg udara menggunakan bahan ammonium nitrat sebagai pemicu untuk belon (beg) mengembang.
Selepas beberapa tempoh, mungkin berlaku kemerosotan terhadap bahan kimia tersebut yang akan menjejaskan keupayaan dan kualiti gas sewaktu mengembang.
Walaupun ciri keselamatan yang direka pengeluar masing-masing dikatakan tidak mudah rosak dalam tempoh panjang tetapi satu perkara yang perlu kita sedar ialah ammonium nitrat boleh merosot dalam tempoh lama.
Rafi'i berkata:
Terutamanya jika ia diletakkan di kawasa iklim tropika dan mempunyai kadar kelembapan tinggi seperti di Indonesia, di mana bahan ini boleh terurai lebih cepat berbanding di kawasan iklim sejuk dan kering."
“Tapi apa yang perlu pemilik kenderaan ambil tahu ialah beg udara adalah ciri tambahan atau Supplemental Resistant System (SRS), dan kamu tidak sepatutnya bergantung sepenuhnya kepada peranti ini (beg udara). Pemandu dan penumpang perlu terus menggunakan tali pinggang keselamatan."
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Beg Udara Berfungsi, Benarkah Halang Pernafasan?
BACA >>> #TahukahAnda: Kemalangan 60kmj Tanpa Tali Keledar Ibarat Jatuh Bangunan 12 Tingkat!
SUMBER: Kompas
Leave a Reply