• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / SDAC Buka Tempahan Ford Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel (2023)

SDAC Buka Tempahan Ford Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel (2023)

May 25, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SELEPAS memperkenalkan Ford Ranger Raptor versi petrol, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) mengumumkan rancangan menawarkan Ranger Raptor generasi baharu dengan pilihan trenkuasa diesel bermula 8 Jun ini.

Ford Ranger Raptor dengan pilihan enjin 2.0L Bi- Turbo Diesel itu mampu menawarkan kuasa sehingga 207hp dan tork 500Nm dari 1,750rpm.

Trak pikap versi petrol itu bakal hadir dengan penampilan luaran maskulin, teknologi bersepadu serta ciri keselamatan termaju selain komponen yang dipertingkat mirip Ranger Raptor 3.0L V6 yang memasuki pasaran Malaysia tahun lalu.

Sebagai bonus, 300 pelanggan yang membuat tempahan awal Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel akan menerima sistem pemuka (dashcam) Kenwood DRV-A700W.

Alat perakam itu yang dipasang itu menggunakan kamera depan jenis Wide-Quad HD (WQHD, 3.7MP) dan kamera belakang Definisi Penuh (Full HD 1080p) untuk rakaman dua saluran. Kamera itu juga ada G-Sensor tiga paksi.

Pembeli awal juga boleh menikmati diskaun RM500 untuk satu pakej Ford Ranger Getaways melalui kod promosi, boleh ditukarkan selepas penghantaran kenderaan.

Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata:

Sejak kami melancarkan model Raptor dengan enjin V6 tahun lalu, Ranger Raptor generasi baharu menerima permintaan tinggi. Ramai pelanggan di Malaysia meminta versi enjin yang lain."

"Kami mengambil maklum tentang perkara itu, dan kini varian dengan enjin 2.0L Bi-Turbo Diesel yang terbukti turut ditawarkan sebagai pilihan untuk pencinta Raptor dan juga peminat trak off-road berkelajuan tinggi.”

BOLEH PANDU UJI

Pelanggan boleh melihat Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel generasi baharu secara dekat denga menghadiri acara pelancaran rasmi di:

  • Lokasi: MRANTI Open Space - pintu masuk Barat (sebelum ini dikenali sebagai Taman Teknologi Malaysia), bertentangan Pavilion Bukit Jalil.
  • Tarikh: 9 hingga 11 Jun 2023

Pelanggan yang membuat tempahan awal di acara pelancaran rasmi juga akan menerima ves musim sejuk eksklusif Raptor (semasa menerima kenderaan).

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web www.sdacford.com.my.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Ford Ranger Getaways, Ford Ranger Raptor, Kenwood DRV-A700W, MRANTI Open Space, Roda4, SIME Darby Auto Connexion (SDAC), Trak pikap, Turse Zuhair

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru
    Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev