• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ketua Kru Yamaha: MotoGP Dah Jadi Macam F1, Teknologi Motor Atasi Skil Pelumba

Ketua Kru Yamaha: MotoGP Dah Jadi Macam F1, Teknologi Motor Atasi Skil Pelumba

May 25, 2023 By Shawkath Leave a Comment

47
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KETUA kru pasukan pengilang Yamaha, Diego Gubellini menyuarakan pandangan peribadi mengenai prestasi lesu Fabio Quartararo sepanjang lima aksi awal perlumbaan Kejuaraan Dunia MotoGP 2023.

Gubellini yang menemani Quartararo sejak 2019 berpendapat MotoGP hari ini sudah berubah dan nampak mirip seperti sukan lumba Formula Satu (F1).

Ini kerana perkembangan teknologi motosikal masa kini lebih mempengaruhi aksi perlumbaan berbanding kemampuan seseorang pelumba di trek. Gubellini memberitahu portal Motorsport-Total.com;

Aku tak suka situasi macam ni. Kita sudah capai suatu keadaan (dalam MotoGP) apabila motor bawa kepada perubahan dan pelumba makin kurang dan kurang (memberi kesan).

"Jika hang mula dari belakang, maksudnya tak ada margin untuk ligan (ke depan) macam beberapa tahun lepas."

Gubellini menjelaskan, walaupun seseorang pelumba ada kelebihan menunggang pantas, tetapi masih sukar untuk pelumba itu mara ke depan jika bermula dari belakang.

Menurutnya, situasi itu berbeza senario MotoGP lalu yang menjadikan acara perlumbaan itu lebih seronok ditonton. Justeru fasa paling penting sebaik saja perlumbaan bermula adalah posisi grid pelumba kerana lebih sukar untuk memintas motosikal yang berada di depan.

Gubellini berkata:

Kalau hang ada kelajuan terbaik, tetapi mula dari grid ke-15, ruang (mara ke depan) terlalu kecil."

Gubellini percaya ujian latihan (FP) pada Jumaat boleh digunakan sebagai rujukan melihat pelumba mana yang berpeluang muncul juara untuk perlumbaan Ahad.

Ini merujuk situasi jika seseorang pelumba cuma melayakkan diri untuk Q2 dan tidak melepasi Q1, yang mana peluang mendapat podium hampir tiada walaupun pelumba tersebut menunggang jentera terbaik dengan kelajuan pantas.:

Sekarang, ada jenama (Ducati) mendahului saingan dalam MotoGP moden. Dan macam F1, kalau hang ada dalam kereta terbaik, hang boleh bersaing untuk gelaran juara dunia."

"Pelumba sekarang tak banyak boleh buat perubahan berbanding (situasi) beberapa tahun lalu. Sebab itu pelumba macam Marc Marquez dan Fabio lebih sukar (ditandingi) beberapa tahun lalu. Kat Ducati, aku nampak semua orang laju ja."

SUMBER: Kompas

Related

47
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 2023 MotoGP, Auto Terkini, Diego Gubellini, Fabio Quartararo, Formula Satu (F1), Kejuaraan Dunia MotoGP 2023, roda2, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev