• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Caterham Teroka EV, Perkenal Model Konsep EV Seven dengan Berat Kurang 700kg

Caterham Teroka EV, Perkenal Model Konsep EV Seven dengan Berat Kurang 700kg

June 20, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


DARI segi sejarah, Lotus dan Caterham ada persamaan. Misalnya Caterham 7 atau Seven asalnya daripada Lotus 7.

Caterham Cars ialah pengedar utama Lotus 7 pada era 60-an dan pengasas syarikat, Graham Nearn membeli hak eksklusif kereta sport itu selepas Lotus membuat keputusan menamatkannya.

Caterham 7 era moden ialah evolusi daripada Lotus Seven Series 3 (foto atas). Selain itu, kedua-dua Lotus dan Caterham pernah dimiliki syarikat dan individu tempatan.

Caterham kini dimiliki VT Holdings dari Jepun yang juga pengimport kenderaan Caterham sejak 2009. Syarikat itu juga mengimport Lotus ke Jepun.

Dengan agenda elektrifikasi sana-sini, Caterham nampaknya tidak mahu ketinggalan memperkenalkan model konsep EV Seven. Kereta itu dijadikan kajian kemungkinan sebuah model elektrik Seven yang membolehkan Caterham melangkah lebih rapat bagi memperkenal model elektrik ke pasaran.

Ini sesuatu yang dialu-alukan kerana Lotus sudah pun ada kereta elektrik dan pasaran sekarang kekurangan kereta sport dengan trenkuasa elektrik.

EV Seven dibuat dengan kerjasama Swindon Powertrain Ltd dan kereta ini diasaskan daripada casis Seven lebih besar dan dipadan E Axle buatan Swindon Powertrain. Pek bateri EV Seven menggunakan kaedah penyejuk rendam (immersion cooling) dan bendalir dieletrik dibekalkan Motul.

Bendalir itu membantu pengurusan haba lebih baik ketika mengecas dan nyah cas. Teknologi itu masih lagi baharu untuk kenderaan elektrik bateri (BEV) dan setakat ini banyak digunakan untuk menyejukkan superkomputer.

Membangunkan sebuah EV Caterham bukan mudah kerana perlu berpegang kepada DNA syarikat, iaitu ringan, seronok dipandu dan fokus kepada pemandu.

Ketua Pegawai Operasi (CEO) Caterham, Bob Laishley berkata, mereka tidak akan memperkenal Seven dengan berat satu tan.

Model elektrik Seven mesti boleh digunakan atas jalan raya dan litar. Justeru ia mesti berupaya membuat kitaran pemanduan 20-15-20. Maksudnya memandu di litar selama 20 minit, mengecas semula 15 minit dan keluar sekali lagi untuk 20 minit.

Penambahan berat EV Seven tidak sampai 70kg berbanding model pengeluaran Seven 485 (SV) yang bermakna masih lagi di bawah 700kg.

Bateri 51kWj dipasang dalam ruang enjin dan terowong transmisi dan boleh dicas hingga 152kW dengan pengecas pantas pantas (DC). Bateri itu mempunyai kapasiti penggunaan sekitar 40kWj.

Motor elektrik E Axle dari Swindon Powertrain menghasilkan 240bhp @ 9,000rpm dan tork 250Nm. Output itu membolehkan pecutan 0-100kmj sepantas 4 saat, manakala kelajuan maksimum 209kmj (anggaran).

Turut dilengkapi pembrekan regeneratif, diferensial gelincir terhad (LSD), absorber Bilstein daripada Seven 420 Cup, kaliper brek 4-piston, rim Apollo 13 inci (lebar 6 inci depan, 8 inci belakang) dan tayar Avon ZZR. Selain EV Seven, Caterham juga sedang membangunkan model sport konsep yang akan ditayangkan tahun ini.

BACA >>> Semua Lapan Unit Lotus Evija Fittipaldi (2023) Sudah Habis!
BACA >>> SUV Hiper EV Pertama Dunia, Lotus Eletre (2023) Kini di Malaysia, Harga Mula RM578k!

Caterham EV Seven 2023.04
Caterham EV Seven 2023.02
Caterham EV Seven 2023.01
Caterham EV Seven 2023.03
Caterham EV Seven 2023.05
Caterham dan Swindon Powertrain.01
Caterham dan Swindon Powertrain.02
Caterham dan Swindon Powertrain.03
Caterham dan Swindon Powertrain.04
Caterham Seven 2023
lotus-seven-series-3-1969

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Caterham, Caterham EV Seven, Caterham Seven, EV Konsep, Kenderaan Elektrik (EV), kereta konsep, Kereta Sport Elektrik, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev