• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tiada Rancangan Mansuhkan Tol Buat Masa Ini - Menteri

Tiada Rancangan Mansuhkan Tol Buat Masa Ini - Menteri

May 24, 2023 By Sharil Leave a Comment

6
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN tiada perancangan mengambil alih konsesi lebuh raya sedia ada bagi memansuhkan tol negara ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pengambilalihan sedemikian pada masa ini tidak dapat dilaksanakan kerana implikasi kewangan ketara.

Namun, Kerajaan akan menimbangkan semula cadangan tersebut apabila keadaan kewangan dan fiskal negara mengizinkan.

Alexander berkata demikian dalam jawapan bertulis Parlimen kepada Ahli Parlimen Padang Besar, Rushdan Rusmi yang bertanya strategi pentadbiran Anwar untuk menghapuskan lebuh raya bertol.

Untuk makluman ahli Yang Berhormat, Kerajaan komited dan fokus dalam agenda menangani kenaikan kos sara hidup dan mengurangkan beban rakyat.

"Bagaimanapun, pada ketika ini, Kerajaan tidak bercadang untuk alih syarikat konsesi lebuh raya yang sedang beroperasi memandangkan implikasi kewangan adalah tinggi,” katanya dalam jawapan itu.

Dalam manifesto pilihan raya umum ke-15 Pakatan Harapan (PH), gabungan itu berjanji menghapuskan tol di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) jika diberikan mandat mentadbir negara semula.

PH kini adalah sebahagian Kerajaan Perpaduan Nasional yang terdiri daripada semua parti dalam negara kecuali parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) di blok Pembangkang.

BACA >>> Lebuhraya DUKE Bakal Laksana Sistem Pembayaran Tol Terbuka
BACA >>> Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang

SUMBER: MalayMail

Related

6
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, konsesi, Lebuh Raya, Mansuh Tol, Menteri Kerja Raya, Tol Percuma

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev