• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Bikin Enjin Aston Martin untuk Saingan F1 2026

Honda Bikin Enjin Aston Martin untuk Saingan F1 2026

May 24, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


HONDA akan kembali sepenuhnya ke trek Formula Satu (F1) pada 2026 sebagai pembekal enjin kepada Aston Martin selepas meninggakan F1 penghujung 2021 walaupun sudah tujuh tahun bersama pasukan Red Bull.

Walaupun sudah mengundurkan diri dari F1, Honda masih meneruskan hubungan dengan Red Bull melalui perjanjian sokongan terhadap unit kuasa yang masih berjalan hingga akhir 2025.

Apabila F1 mengeluarkan peraturan enjin baharu untuk 2026, Honda tertarik dengan keperluan menggunakan 100 peratus bahan api mampan dan tumpuan lebih besar kepada kuasa elektrik.

Aston Martin dipilih Honda kerana Red Bull memilih haluan tersendiri dengan menubuhkan divisyen unit kuasa sendiri yang dibantu Ford. Aston Martin kini menggunakan enjin disediakan Mercedes, termasuk transmisi dan suspensi belakang hingga 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif Honda, Toshihiro Mibe berkata;

Antara sebab utama keputusan kami menyahut cabaran baharu dalam F1 adalah bentuk perlumbaan kemuncak dunia sedang berusaha menjadi siri perlumbaan mampan, sejajar hala tuju Honda ke arah neutraliti karbon, dan akan menjadi platform yang akan memudahkan pembangunan teknologi elektrifikasi kami."

Mibe percaya teknologi dan ilmu yang diperoleh daripada F1 berpotensi digunakan secara langsung pada kenderaan elektrik (EV) pengeluaran massa jenama itu pada masa depan.

Bermula musim 2026, Aston Martin akan dikenali sebagai Aston Martin Aramco Honda. Menurut Presiden Honda Racing Corporation (HRC), Koji Watanabe, Honda tidak merancang membekalkan unit kuasa kepada mana-mana pihak lain selain Aston Martin bermula 2026 dan seterusnya.

BACA >>> Yamaha, Honda, Kawasaki dan Suzuki Gabung Bangunkan Enjin Hidrogen
BACA >>> Honda India Tawar Pakej Waranti Hingga 10 Tahun untuk Shine 100 (2023)

SUMBER: Formula1

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aston Martin Aramco, Auto Terkini, elektrifikasi, F1, Formula 1, Formula One, Formula Satu (F1), Honda Racing Corporation (HRC), Koji Watanabe, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev