• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 'JPJ Filipina' Tetap Harga Siling Bayaran Ujian Perubatan untuk Lesen Memandu

'JPJ Filipina' Tetap Harga Siling Bayaran Ujian Perubatan untuk Lesen Memandu

May 23, 2023 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


KETUA Pejabat Pengangkutan Darat (LTO) yang bakal bersara, Jayart Tugade menandatangani memo baharu yang menetapkan harga siling fi ujian perubatan 300 peso (RM25) untuk memohon atau memperbaharui Permit Pelajar dan Lesen Memandu.

Tugade mendakwa fi tersebut yang buat masa ini dicaj panel klinik ditauliahkan LTO adalah terlalu mahal dan membebankan orang awam.

Kita tidak boleh lagi mengetepikan banyak aduan diterima berhubung harga tinggi untuk mendapatkan sijil perubatan dengan ada yang membayar 500 peso (RM41) hingga setinggi 700 peso (RM57.40). Ini terlalu mahal untuk penduduk biasa," katanya.

Dengan memo baharu itu, fi ujian perubatan ditetapkan pada 300 peso, dan panel klinik ditauliahkan LTO dibenarkan merendahkan bayaran fi tersebut jika mahu.

Menurut memorandum baharu itu;

Panel klinik perubatan ditauliah ada beberapa variasi fi dan caj yang menyebabkan percanggahan kadar. Bagi menyeragamkan, LTO menganggap wajar dan perlu untuk menetapkan fi ujian perubatan maksimum spesifik untuk dicaj daripada pemohon."

Kegagalan panel klinik ditauliah mematuhi memo baharu itu boleh didenda 10,000 peso (RM820) dan 90 hari digantung tauliah untuk kesalahan pertama, 15,000 peso (RM1,230) dan 180 hari gantung tauliah untuk kesalahan kedua, dan ditarik balik tauliah untuk kesalahan ketiga.

Memo berkenaan akan berkuat kuasa 15 hari selepas disiarkan di akhbar umum, dan sudah diterima Pejabat Pendaftar Kebangsaan (ONR) di Bandar Quezon, Manila.

SUMBER: MotoPinas

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Filipina, Jayart Tugade, Ketua LTO Filipina, lesen memandu, LTO Filipina, Pejabat Pengangkutan Darat (LTO), Ujian Perubatan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my