• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Lexmoto XDV300 (2023) Lancar di Eropah, Harga Mula RM26.5k!

Lexmoto XDV300 (2023) Lancar di Eropah, Harga Mula RM26.5k!

May 22, 2023 By Shawkath Leave a Comment

136
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LEXMOTO mengumumkan ketibaan skuter advencer baharu, XDV300 (2023) yang dikatakan menawarkan pengalaman tunggangan selain mod pengangkutan konvensional dari satu destinasi ke lokasi lain.

Lexmoto XDV300 (2023) yang nampak mirip Honda X-ADV mengetengahkan gaya rugged dengan imej depan lebih tinggi dan lebar serta dilengkapi unit lampu utama LED terpisah dengan visor angin tinggi.

Lexmoto XDV300 - 15
Lexmoto XDV300 - 7

Skuter itu hadir dengan gaya badan maskular dari depan ke belakang, dan ditambah mufler ekzos besar serta rim 13 inci dengan profil tayar blok.

Juga dilengkapi ciri pemanas grip, visor angin boleh laras, lampu LED penuh dan panel meter digital. Model ini sebenarnya mirip WMoto XDV 250 yang sedia ada di pasaran Malaysia.

Lexmoto XDV300 - 5
Lexmoto XDV300 - 3

Selain itu, ada beberapa karakter touring didatangkan bersama skuter tersebut seperti tiga kotak simpanan barang dan kapasiti tangki minyak 13.5 liter.

Trenkuasa patuh Euro5 jenis 4-lejang silinder tunggal 279cc penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI) berkuasa 25.5hp @ 8,250rpm, dan tork 24Nm @ 7,000rpm, manakala kelajuan maksimum 130kmj.

Lexmoto XDV300 (2023) ini menggunakan sistem brek cakera tunggal untuk roda depan dan belakang, manakala sistem suspensi jenis fork terbalik (USD) di depan dan absorber KYB (belakang) jenis boleh laras prabeban.

Harga £4,699 (RM26,590).

Lexmoto XDV300 - 16
Lexmoto XDV300 - 0
Lexmoto XDV300 - 6
Lexmoto XDV300 - 8
Lexmoto XDV300 - 1
Lexmoto XDV300 - 5
Lexmoto XDV300 - 3
Lexmoto XDV300 - 4
Lexmoto XDV300 - 9
Lexmoto XDV300 - 10
Lexmoto XDV300 - 11
Lexmoto XDV300 - 12
Lexmoto XDV300 - 2
Lexmoto XDV300 - 7
Lexmoto XDV300 - 15
Lexmoto XDV300 - 13
Lexmoto XDV300 - 14

SUMBER: BikeWale

Related

136
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Lexmoto XDV300, Lexmoto XDV300 (2023), roda2, skuter advencer

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev