POLIS mengesahkan seorang penungang motosikal meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) semalam.
Insiden itu berlaku kira-kira jam 4 pagi di KM222.7 PLUS Senawang-Ayer Keroh arah utara membabitkan tiga kereta dan lima motosikal. Semua pemandu kereta disahkan tidak mengalami kecederaan.
Berikut kecederaan dialami lima penunggang motosikal dalam nahas tersebut:
- 4 penunggang mengalami pelbagai kecederaan.
- 1 penunggang maut di lokasi kejadian.
Kemalangan itu tular di media sosial dalam satu klip video 46 saat yang memaparkan sekumpulan individu menunggang motosikal secara berbahaya hingga menyebabkan kemalangan.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman:
- Penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun.
- Denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000.
Leave a Reply