• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Pamer Konsep Enjin Hidrogen di AEE 2023

Yamaha Pamer Konsep Enjin Hidrogen di AEE 2023

May 19, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


YAMAHA akan mempamerkan beberapa konsep produk dan teknologi dengan jenama αlive di Ekspo Kejuruteraan Automotif (AEE) 2023 di Pusat Konvensyen Pacifico Yokohama di Yokohama, Jepun pada 24 hingga 26 Mei ini.

Ada dua produk utama Yamaha dijangka menarik perhatian ramai, iaitu trenkuasa αlive RX yang membantu menambah jarak perjalanan dan teknologi enjin hidrogen αlive H2E.

1. αlive RX

Yamaha Hidrogen - 11
Yamaha Hidrogen - 12

Ini ialah teknologi prestasi tinggi dipasangkan pada dron sebagai pemanjang jarak (range extender)  yang bertujuan menambah jarak perjalanan. Enjin ini dilihat sebagai solusi kepada masalah dron dengan batasan had jarak penerbangan.

Teknologi ini mendedahkan teori penggunaan enjin pembakaran dalaman sebagai generator untuk membantu jarak penerbangan lebih jauh.

Yamaha Hidrogen - 13
Yamaha Hidrogen - 14

Produk ini juga mengetengahkan konsep model bersaiz kompak dan ringan dengan  teknologi berprestasi tinggi yang dibangunkan Yamaha sendiri. Ini mampu menggantikan beberapa pek bateri dalam mobiliti elektrik dan menambah tempoh masa operasi penggunaan kenderaan berbanding dron berasaskan bateri penuh (foto atas, kanan).

Unit trenkuasa berasaskan teknologi enjin petrol, tetapi akan dimajukan untuk penggunaan bahan bakar karbon rendah. Produk αlive RX dikatakan mampu menghasilkan output kuasa 88kW (118hp), hampir sama seperti sportbike Yamaha MT-09. Selain dron, teknologi enjin ini juga boleh digunakan untuk mobiliti elektrik lain.

2. αlive H2E

Yamaha Hidrogen - 10
Yamaha Hidrogen - 2

Teknologi enjin ini menggunakan hidrogen sebagai sumber bahan api yang dilihat bakal digunakan untuk kenderaan empat roda masa depan. Enjin ini turut boleh digunakan sebagai generator kuasa.

Yamaha Hidrogen - 3
Yamaha Hidrogen - 5

Yamaha juga akan mempamerkan αlive EE (motor elektrik) dan αlive AD (peranti bunyi) di pameran sama.

SUMBER: YamahaMotorJapan

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: AEE 2023, Auto Terkini, Automotive Engineering Expo (AEE), Ekspo Kejuruteraan Automotif (AEE) 2023, Ekspo Kejuruteraan Automotif 2023, roda2, Teknologi hidrogen motosikal, Yamaha Japan, αlive H2E, αlive RX

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev