• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha, Honda, Kawasaki dan Suzuki Gabung Bangunkan Enjin Hidrogen

Yamaha, Honda, Kawasaki dan Suzuki Gabung Bangunkan Enjin Hidrogen

May 18, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


ADA empat pengeluar motosikal besar di Jepun, iaitu Honda, Yamaha, Kawasaki dan Suzuki diberikan kelulusan membentuk persatuan penyelidikan teknologi dipanggil HySE ((Hydrogen Small mobility & Engine) untuk membangunkan enjin hidrogen mobiliti kecil.

Walaupun ramai mempertaruhkan kuasa elektrik sebagai masa depan mobiliti, tetapi ketika ini  kuasa elektrik masih belum relevan untuk motosikal disebabkan berat motosikal dan jarak tunggangan menggunakan elektrik yang singkat.

honda-motor-logo
yamaha-motor-logo
kawasaki-logo
suzuki-motor-logo

Menurut kumpulan itu, bagi merealisasikan masyarakat tanpa berkarbon, strategi pelbagai cara untuk menangani pelbagai isu dalam sektor mobiliti adalah perlu, dan bukan menumpukan satu sumber tenaga saja.

Justeru penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan mensasarkan pengkomersialan mobiliti menerusi enjin dikuasakan hidrogen yang dianggap sebagai sumber tenaga generasi akan datang semakin mendapat momentum.

kawasaki hydrogen
kawasaki-enjin-hidrogen-1

Cabaran teknikal dalam menggunakan hidrogen, yang akan ditangani kumpulan HySE baharu, termasuk 'kelajuan nyalaan pantas dan kawasan pencucuhan besar yang sering menyebabkan pembakaran tidak stabil, serta kapasiti tangki bahan api terhad jika digunakan dalam kenderaan mobiliti kecil,” kata kumpulan itu.

Berikut bidang R&D utama dan peranan setiap syarikat dalam kumpulan berkenaan:

1. Penyelidikan Enjin Berkuasa Hidrogen

  • Penyelidikan mengenai pembangunan berasaskan model enjin hidrogen (Honda)
  • Kajian elemen mengenai fungsional, prestasi dan reliabiliti enjin hidrogen (Suzuki)
  • Penyelidikan langsung menggunakan enjin hidrogen sebenar mengenai fungsi, prestasi dan reliabiliti (Yamaha, dan Kawasaki)

2. Kajian Sistem Pengisian Bahan Api Hidrogen

  • Mengkaji keperluan sistem mengisi bahan api hidrogen dan tangki hidrogen untuk mobiliti kecil (Yamaha)

3. Kajian Sistem Bekalan Bahan Api

  • Mengkaji komponen tambahan yang diperlukan untuk sistem bekalan bahan api dan tangki, serta peralatan dipasang antara tangki bahan api dan injketor (Kawasaki)

Sementara itu, calon Pengerusi HySE dan Pegawai Eksekutif Pusat R&D Teknikal, Yamaha Motor, Kenji Komatsu berkata, ada banyak cabaran dalam pembangunan enjin hidrogen, tetapi beliau berharap dapat melihat kumpulan ini mampu menghadapi cabaran tersebut.

Kami komited dalam usaha ini dengan semangat misi mengekalkan penggunaan enjin pembakaran dalaman, yang melambangkan usaha jangka panjang yang dilaburkan pendahulu kami," katanya.

Kawasaki pada Mac lalu mendaftar tanda dagang untuk logo dan nama HySE

Selain empat pengeluar motosikal tersebut, Kawasaki Heavy Industries (KHI) dan Toyota Motor Corporation turut menyokong persatuan itu sebagai ahli istimewa.

Sebagai antara penganjur utama 'Persatuan Penyelidikan Teknologi Rantaian Bekalan Tenaga Hidrogen bebas CO2', KHI akan memacu aktiviti HySE berdasarkan pengetahuan diperoleh daripada aktiviti untuk HySTRA.

Toyota pula mengambil alih peranan memanfaatkan hasil penyelidikan HySE kepada manfaat maksimum untuk pembangunan enjin hidrogen menggunakan pengetahuan dalam eksperimen, analisis dan merekabentuk unit kuasa bahan api hidrogen besar untuk kenderaan empat roda.

BACA >>> #PanduUji: Abang Gan Cuba Sendiri HyPER, Kereta Lumba Hidrogen Pertama Buatan Malaysia!
BACA >>> Toyota Mirai Tiba di Sarawak, Setangki Penuh Hidrogen Boleh Cecah 1,000km

SUMBER: Crash

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: enjin, enjin hidrogen, Enjin Kuasa Hidrogen, Honda, hydrogen, Kawasaki, Kenji Komatsu, Roda4, Suzuki, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev