• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Krisis M1: Quartararo Kembali Guna 'Setting' Yamaha 2021

Krisis M1: Quartararo Kembali Guna 'Setting' Yamaha 2021

May 18, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SELEPAS mengulangi prestasi kurang memberangsangkan pada perlumbaan GP Perancis 2023 di Le Mans, Fabio Quartararo memilih menggunakan semula tetapan 2021 Factory Yamaha untuk baki perlumbaan musim ini.

Bekas juara dunia GP 2021 itu mendakwa tetapan itu sudah dibuat pada jentera YZR-M1 sejak perlumbaan Sprint di Perancis minggu lalu.

Quartararo berkata;

Aku rasa okay sikit tapi belum lagi rasa cukup hebat. Tapi ini jauh lebih baik daripada semua benda yang kita orang cuba.

“Aku rasa pelan sekarang adalah kita orang kekal dengan setting 2021. Ini keputusan yang dibuat bersama kru. Aku kena sesuaikan diri dengan apa-apa masalah yang (akan) timbul.

"Sejak awal tahun, kita dah cuba beribu-ribu benda baru dan setting kat motor. Macam-macam kita dah buat tapi pendekatan yang terbaik adalah gunakan asas dua tahun lepas (tetapan 2021)."

Pada minggu lalu, El Diablo menamatkan saingan di tempat ke-7 dan cuma berpeluang memijak podium sekali sepanjang musim GP 2023 dan ketinggalan 45 poin di belakang pendahulu ranking, Francesco Bagnaia.

Quartararo menambah;

Buat masa ini, kami dah ketinggalan agak jauh (jika difikirkan gelaran juara dunia 2023) tapi aku ada juga rasa kecewa sebab aku sebenarnya patut dapat keputusan lebih baik kat sini (GP Perancis).

"Kerana pada akhirnya, apa yang nyata hari ini dan semalam (GP Perancis) serta juga Sprint, kelajuan aku tak adalah teruk sangat."

Quartararo mendedahkan dua masalah utama dihadapi ialah jentera tidak laju dan susah hendak memintas pelumba lain.

Beliau menjelaskan naik taraf enjin 2023 membuatkan YZR-M1 lebih agresif dan sukar pula hendak membelok serta masih tidak mempunyai cukup kuasa untuk menandingi daya mendap (downforce) jentera pesaing.

El Diablo berkata;

Nampak macam kita dah dapat sikit kuasa ekstra tapi kita hilang lagi banyak ketika ride. Aku tak pernah dapat motor agresif macam ni dan tak boleh belok.

"Kita dah cuba ekzos (baru) tapi tak menjadi. Casis pun tak berkesan. Aero tak berfungsi. Elektronik pun tak berkesan. Cuma satu setting yang kita cuba dengan Öhlins, nampaknya lebih baik.

“Tapi dalam ujian (Jerez), semua benda baru kita try memang tak boleh pakai."

Yamaha YZR-M1 Fabio Quartararo 2023 - 2
Yamaha YZR-M1 Fabio Quartararo 2023 - 3
Yamaha YZR-M1 Fabio Quartararo 2023 - 4
Yamaha YZR-M1 Fabio Quartararo 2023 - 1
Yamaha YZR-M1 Fabio Quartararo 2023 - 0

SUMBER: Crash

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2023 MotoGP, Auto Terkini, Fabio Quartararo, GP Perancis 2023, Monster Yamaha Racing Factory, MotoGP 2023

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev