• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / BFGoodrich g-Force PHENOM T/A, Tayar Prestasi dengan 25 Saiz Pilihan

BFGoodrich g-Force PHENOM T/A, Tayar Prestasi dengan 25 Saiz Pilihan

May 17, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


BFGOODRICH menawarkan pilihan tayar prestasi tinggi BFGoodrich g-Force PHENOM T/A di pasaran tempatan pada harga seunit tayar bermula serendah RM500 hingga RM1,300.

Ada 25 profil pilihan tayar disediakan dengan saiz rim 16 inci hingga 20 inci. BFGoodrich turut menyediakan jaminan untuk tayar baharu ini.

Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura dan Brunei, Prichapakorn Dangrojana berkata;

BFGoodrich g-Force PHENOM T/A dirumus untuk memaksimumkan potensi kenderaan dengan membekalkan keyakinan dan juga keselesaan pada harga berpatutan.

"Menjamin prestasi luar biasa dengan nilai hebat, tayar baharu ini dijangka mampu menarik perhatian pengguna baharu, dan mengajak mereka mengalami dunia pemanduan prestasi.”

Antara kelebihan utama tayar BFGoodrich g-Force PHENOM T/A adalah:

Kawalan Maksimum

  • Pengendalian baik ketika berhenti, membelok tajam dan membrek agresif.
  • Daya cengkaman baik atas permukaan jalan basah dan kering.
  • Bentuk jejakan optimum walaupun ketika membelok dalam halaju tinggi.

Prestasi Cemerlang atas Jalan Basah

  • Cengkaman baik atas permukaan jalan kering.
  • Kurang kontak atas permukaan basah dan mampu menyalur keluar air menerusi teknologi Ulti-Grip.
  • Pengendalian maksimum dengan jarak membrek lebih dekat.

Belok dengan Yakin

  • Memiliki ciri Bahu Blok Kukuh lebih besar yang diilhamkan daripada pengalaman dalam sukan permotoran.

Lebih Selesa

  • Bunga tayar membantu mengurangkan bunyi bising ketika memandu.

Waranti

  • Waranti tayar enam tahun untuk tayar kereta penumpang dan lori ringan, membabitkan kecacatan rekabentuk, mutu kerja dan material tayar.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda4 Tagged With: aksesori, BFGoodrich, BFGoodrich g-Force PHENOM T/A, Prichapakorn Dangrojana, Roda4, Tayar Prestasi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my