• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bermaz Auto Tayang Peugeot 2008 SE, e-2008 dan Landtrek di 1 Utama

Bermaz Auto Tayang Peugeot 2008 SE, e-2008 dan Landtrek di 1 Utama

May 17, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


BERMAZ Auto Alliance Sdn Bhd mempamerkan Peugeot 2008 SE, termasuk pratonton khas Peugeot e-2008 di acara Peugeot Roadshow yang akan berlangsung bermula hari ini (17 Mei)  hingga 25 Mei 2023 di LUXE Concourse, Pusat Beli-belah 1 Utama daripada jam 10 pagi-10 malam.

Pelbagai model Peugeot dipamerkan pada pameran itu, termasuk model yang baru diperkenalkan, Peugeot Landtrek, Peugeot 2008 dan Peugeot 3008.

Antara model ditayangkan ialah Peugeot 2008 SE direka untuk memberi inspirasi dan menghidupkan semula keseronokan crossover kompak. Kenderaan pelbagai guna (SUV) itu dilengkapi dekal grafik unik yang memaparkan kesan estetik luaran.

Selain 2008, Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) Peugeot, Peugeot e-2008 serba baharu pula hadir dengan rupa atletik diperhalusi. SUV elektrik itu menampilkan rekabentuk eksklusif dan tersendiri, seperti gril depan berkotak berwarna badan, lampu LED dan bumbung hitam yang menyerlahkan personaliti sporty dan solid.

peugeot-e-2008-1
peugeot-e-2008-2

SUV berkenaan dilengkapi bateri 50kW dan konfigurasi trenkuasa 100kW dengan output kuasa 136hp yang memberikan anggaran jarak pemanduan hingga 320km untuk sekali cas penuh.

Sistem pengecas menyokong pengecasan pantas 100kW dari mana-mana stesen cas DC khas dengan 80 peratus pengecasan dalam masa 30 minit.

peugeot-landtrek-2023
peugeot-landtrek-2023-2

Peugeot Landtrek yang baru diperkenalkan pula menampilkan gaya menarik dan memikat yang direka untukm pemanduan di jalan raya bandar dan rupa bumi mencabar untuk aktiviti riadah luar.

Trak pikap saiz sederhana itu bakal menjadi penanda aras baharu dalam pasaran trak pikap negara dengan teknologi canggih, kebolehsuaian termaju dan keseronokan pemanduan mirip SUV.

Anda dijemput hadir ke Peugeot Roadshow yang berlangsung di 1 Utama bermula 17-25 Mei ini.

BACA >>> Bermaz Auto Buka Tempahan Peugeot Landtrek (2023) Versi CBU, Harga Mula RM123k
BACA >>> Peugeot e-208 (2023) Kini Mampu Pergi Lebih Jauh, Lebih Berkuasa!

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: 1 Utama, Bermaz Auto, Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd, Peugeot, peugeot 2008 SE, Peugeot e-2008, Peugeot Lantrek, Roadshow

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev