• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video Penunggang Jumpa Lori, Orang Tidur dalam Terowong Motosikal Lebuhraya Guthrie

Video Penunggang Jumpa Lori, Orang Tidur dalam Terowong Motosikal Lebuhraya Guthrie

May 11, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


PENUNGGANG motosikal yang menggunakan laluan motosikal di Lebuhraya Guthrie terkejut kerana bukan saja menemui dua orang sedang lena berbaring dalam terowong, tetapi turut dikejutkan dengan kehadiran lori.

Dalam video 42 saat di grup Facebook DashCam Owners Malaysia yang dikongsikan Fakhrudin Ashraf, dua motosikal sedang melalui terowong di laluan motosikal berhampiran simpang keluar Elmina (East). 

Apabila melalui terowong pertama, pengguna motosikal itu menemui tiga individu sedang tidur berbaring dengan peralatan membersih seperti penyapu dan sebuah motosikal.

Mungkin pemandangan biasa melihat pemotong rumput atau pekerja pembersih jalan raya untuk tidur di mana-mana tempat redup selepas penat bekerja.

Namun, ketika menghampiri terowong kedua selepas simpang Elmina, penunggang motosikal itu dikejutkan pula dengan kehadiran sebuah lori yang diparkir dalam terowong hingga menyebabkan laluan itu menjadi sempit.

Mungkin ini bukan kali pertama berlaku, tetapi jika ada pihak yang perlu menjalankan kerja-kerja pembersihan di jalan raya, anda dinasihatkan mengutamakan keselamatan diri dan pengguna lain seperti menggunakan khidmat penjaga bendera dan kon keselamatan supaya pengguna lain dapat berwaspada.

BACA >>> Polis: Tengok Cermin Sisi, Cermin Pandang Belakang Dulu Sebelum Tukar Lorong
BACA >>> PDRM: Ibu Bapa, Penjaga Perlu Pastikan Pelajar Sekolah Bermotosikal Ada Lesen, Pakai Helmet

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, laluan motosikal, lebuhraya guthrie, lori, lorong motosikal, Terowong

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev