• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / BMW Paten Lampu Signal Belok Motosikal Boleh Lipat, Tolak ke Dalam

BMW Paten Lampu Signal Belok Motosikal Boleh Lipat, Tolak ke Dalam

May 11, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


BMW memfailkan dua paten baharu sistem perlindungan untuk komponen lampu signal belok ketika menunggang, khususnya di laluan off-road dan trek.

Paten pertama ialah lampu signal belok boleh lipat pada braket dengan pemegang nombor plat belakang mirip model superbike BMW S 1000 RR.

Lampu signal belok BMW jenis lipat - 1
Lampu signal belok BMW jenis lipat - 0

Lakaran paten sistem pertama di atas menunjukkan lampu signal belok boleh dilaras 2-tetapan iaitu dilipat untuk tutup atau dibuka seperti biasa.

Lazimnya, pemegang nombor plat konvensional didatangkan dengan lampu signal belok statik jenis capang. Bagaimanapun, komponen itu berdepan risiko rosak atau patah jika penunggang terjatuh.

Paten menunjukkan ada dua pin di bahagian tapak yang membolehkan lampu signal belok itu dilipat secara manual ke arah hadapan. Lihat foto di bawah ini:

Untuk memastikan penunggang motosikal tidak menyalah guna ciri itu di jalan raya, jurutera BMW melengkapkan sistem mekanisme tersebut dengan satu sambungan tirus (rujuk foto atas kanan, 19a) pada lampu signal belok.

Sambungan tirus itu hanya membenarkan lampu signal belok dilipat atau tersorok jika motosikal tidak dipasang nombor plat.

Lampu signal belok BMW jenis lipat - 2
Lampu signal belok BMW jenis lipat - 3

Paten kedua pula menggunakan mekanisme rel iaitu lampu signal belok boleh ditolak ke dalam pemegang nombor plat. Kaedah ini disifatkan lebih baik kerana sebahagian lampu signal belok masih boleh dilihat. Foto di atas menunjukkan sistem tersebut.

BACA >>> Polis Tahan Suspek Tumbuk Pemandu Tegur Tidak Beri Signal Belok di Labuan
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Lampu Signal Belok Tetiba Berkelip Laju?

SUMBER: Motociclismo

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, BMW, Lampu signal belok motosikal, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev