• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tidak Boleh Pandu di Jalan Awam, Jutawan Australia Angkut McLaren ke Apartmen Guna Kren

Tidak Boleh Pandu di Jalan Awam, Jutawan Australia Angkut McLaren ke Apartmen Guna Kren

May 11, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SEBUAH apartmen mewah di Melbourne, Australia menjadi lebih eksklusif selepas ruang kediaman tersebut menjadi tempat 'parkir' sebuah McLaren Senna GTR.

Sebuah kren dengan lapan kru digunakan untuk mengangkat supercar itu ke apartmen emper (penthouse) tingkat 57 di menara kembar La Trobe Street. Kereta itu kemudian dipandu masuk ke unit apartmen tersebut.


Apa yang berlaku ibarat babak Lykan Hypersport dalam filem blockbuster Fast and Furious.

Jutawan Adrian Portelli tampil berkongsi cerita McLaren Senna GTR yang disimpan dalam kediaman mewah itu di Instagramnya.

Sebenarnya, dialah pemilik penthouse tersebut, yang menjadi kediaman paling mahal di Australia pada harga AU$39 juta (RM118 juta). Malah,  McLaren Senna GTR (2020) itu ialah kereta terpakai termahal Australia, berharga AU$3 juta (RM9 juta).

Keputusan Portelli menyimpan supercar trek itu dalam penthouse baharu kerana statusnya tidak sah digunakan atas jalan raya awam. Dia juga mengakui kediaman mewah itu dijadikan tempat penyimpanan kekal untuk supercar tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adrian Portelli (@adrian_portelli)

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Adrian Portelli, Auto Terkini, La Trobe Street, McLaren Senna GTR, Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV
    #PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV
  • Jenama Kove Rasmi Masuk Malaysia, Lancar 450R dan 800X GT, Harga Mula RM33,888
    Jenama Kove Rasmi Masuk Malaysia, Lancar 450R dan 800X GT, Harga Mula RM33,888
  • KPDN Johor: Nozel RON95 Dicabut Bukan Sebab Habis Stok, Tapi Masalah Teknikal
    KPDN Johor: Nozel RON95 Dicabut Bukan Sebab Habis Stok, Tapi Masalah Teknikal
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev