• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ingress Swede Tawar Program Kenderaan Terpakai Volvo SELEKT

Ingress Swede Tawar Program Kenderaan Terpakai Volvo SELEKT

May 10, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


INGRESS Swede Automobile (Ingress Swede) kini menawarkan program kenderaan terpakai Volvo SELEKT di premis Mutiara Damansara, Selangor.

Program kenderaan terpakai itu mengetengahkan model kenderaan terpakai Volvo yang sudah melepasi ujian dan pemeriksaan menyeluruh mengikut standard ditetapkan.

Pengarah Urusan Ingress Swede, Rabian Ab Rahman berkata;

Sebagai pengedar sah Volvo Car Malaysia, kami sentiasa berusaha meneroka peluang baharu supaya terus berkembang dan berinovasi dalam industri automotif di Malaysia."

"Kami berbesar hati melancarkan program kenderaan pramilik Volvo SELEKT. Program ini bukan saja tambahan kepada portfolio sedia ada, tetapi juga seiring dengan visi jangka panjang kami."

"Pelancaran program ini langkah strategik yang membolehkan kami memanfaatkan pasaran yang sedang berkembang pesat, sekali gus mengukuhkan kerjasama yang terjalin dengan Volvo Car Malaysia."

APA ANDA PERLU TAHU

  • Setiap kenderaan Volvo terpakai di bawah program SELEKT menjalani ujian dan pemeriksaan menyeluruh 125 poin untuk memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan ditetapkan.
  • Setiap kenderaan Volvo SELEKT hadir dengan jaminan minimum 12 bulan dan bantuan jalanan 24 jam.
  • Hanya kenderaan terpakai berstatus bebas kemalangan dan banjir diluluskan dengan jaminan kurang 5 tahun atau jarak perbatuan 100,000km.

KELEBIHAN VOLVO SELEKT

  • Pemulihan: Semua kenderaan program Volvo SELEKT diubah suai menggunakan bahagian dan aksesori tulen Volvo dengan perisian terkini.
  • Rekod Jarak Perjalanan dan Sejarah Servis: Ada pengesahan rekod jarak perjalanan dan sejarah penyelenggaraan.
  • Pakej Perkhidmatan: Pakej Perkhidmatan Penyelenggaraan Volvo (VSA)-5 atau 3 ditawarkan untuk mengurangkan kos pemilikan jangka panjang. Kenderaan Volvo SELEKT hadir dengan pakej servis percuma sekurang-kurangnya 1 tahun.
  • Pakar Sah dan Terlatih: Petugas di pusat servis Volvo SELEKT adalah terlatih dan berkemahiran tinggi untuk menjelaskan semua ciri dan fungsi kenderaan secara terperinci kepada pelanggan.

BACA >>> Volvo Buka Pusat Baik Pulih Terbesar, Termoden Malaysia di Juru
BACA >>> Volvo C40 Recharge Pure Electric (2023) Versi CKD Kini di Malaysia, Harga RM288k!

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Ingress Swede, Ingress Swede Automobile, Rabian Ab Rahman, Roda4, Volvo Car Malaysia, Volvo SELEKT, Volvo terpakai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my