• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mat Rempit Y15ZR Buat 'Wheelie Beregu' Serah Diri di IPD Kuala Selangor

Mat Rempit Y15ZR Buat 'Wheelie Beregu' Serah Diri di IPD Kuala Selangor

May 10, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


DUA penunggang motosikal menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor selepas menyedari video aksi wheelie mereka tular di media sosial, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, insiden berlaku di KM16 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur melibatkan dua lelaki berumur 20-an.

Beliau berkata;

Pada 8.48 pagi Sabtu lalu, polis menerima satu rakaman video melalui aplikasi WhatsApp berdurasi 0.23 saat dari Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang memaparkan dua penunggang motosikal menunggang dengan melulu."

"Mereka membuat aksi berbahaya dengan cara membuat 'wheelie' sambil berdiri di atas motosikal dengan satu kaki. Rakaman dikesan laman Twitter dan mendapat sebanyak 11 likes, 6 komen, dan 6 retweet."

Menurutnya, hasil penelitian video mendapati nombor pendaftaran kedua-dua motosikal dapat dilihat jelas dan motosikal digunakan jenis Yamaha Y15ZR.

Kedua-dua penunggang motosikal menyerah diri di IPD Kuala Selangor pada jam 10 malam hari sama. Hasil semakan mendapati kedua-dua lelaki itu tidak mempunyai rekod lampau selain tidak mengambil barang larangan."

Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

BACA >>> Budak 6 Tahun Pandu Toyota Vios Terlibat Kemalangan di Langkawi
BACA >>> Wheelie Punya Pasal, Mat Rempit Baju Sekolah Sonic Kena Tahan Polis Pendang

SUMBER: BHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, IPD Kuala Selangor, mat rempit, Ramli Kasa, Viral, wheelie, Yamaha Y15ZR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my