• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / VeliMotor Perkenal Motosikal Tourer Elektrik VMX10S (2023), Harga RM12.3k!

VeliMotor Perkenal Motosikal Tourer Elektrik VMX10S (2023), Harga RM12.3k!

May 10, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGELUAR dari China, VeliMotor memperkenalkan motosikal touring elektrik VMX10S (2023) pada harga bermula AS$2,780 (RM12,380) seunit.

Motosikal seberat 128kg itu boleh ditunggang sejauh 150km, dan masa diperlukan untuk mengecas penuh ialah 3 jam.

Velimotor VMX10S (2023) - 7
Velimotor VMX10S (2023) - 6

Velimotor turut menyediakan jualan pek bateri tambahan secara berasingan yang berharga AS$1,080 (RM4,810). Pengeluar itu juga menawarkan set aksesori kotak aluminium untuk simpanan pek bateri, terdiri daripada kotak simpanan atas dan sisi berharga AS$300 (RM1,340).

Berikut perincian touring elektrik itu:

VeliMotor VMX10S  (2023) boleh dibeli terus dari pengeluar, tetapi pelanggan perlu menguruskan sendiri semua prosedur seperti bayaran cukai dan duti.

Menggunakan seunit motor elektrik brushless berkuasa 12kW (kira-kira 16hp) dan tork 350Nm. Walaupun tiada transmisi gear, motosikal itu disediakan gear undur.

Unit motor elektrik dipasang di depan swingarm dan menggunakan sistem pacuan rantai. Model ini mampu memecut 0-100kmj sepantas 9.8 saat dan boleh mencapai kelajuan hingga 120kmj.

Sistem brek menggunakan set brek cakera dan dilengkapi Sistem Brek Kombi (CBD). Sistem brek turut menggalas tugas pembrekan regeratif untuk membantu mengecas semula bateri.

Casis VeliMotor VMX10S (2023) menampilkan ciri konvensional dengan frem keluli tubular, suspensi fork terbalik (USD) di depan dan monoshock (belakang) yang boleh laras mengikut kesesuaian penunggang.

Memiliki tinggi pelana 880mm. Bahagian roda menggunakan rim jejari berbeza iaitu 19 inci dengan tayar 90/90 di depan dan rim 18 inci dengan tayar 4.60 (belakang).

Sistem lampu LED, manakala panel meter LCD digital.  Setiap pembelian dipakejkan bersama waranti dua tahun dan setiap pek bateri memiliki kitaran hayat pengecasan lebih 1,000 kali.

BACA >>> Motosikal Elektrik Sur-Ron Kini Sah Ditunggang di Jalan Raya UK, Harga Mula RM27.3k!
BACA >>> Yamaha Bekal Motor Elektrik untuk Jentera Lumba Subaru, Mahu Cipta Rekod Nürburgring!

Velimotor VMX10S (2023) - 1
Velimotor VMX10S (2023) - 9
Velimotor VMX10S (2023) - 2
Velimotor VMX10S (2023) - 3
Velimotor VMX10S (2023) - 8
Velimotor VMX10S (2023) - 7
Velimotor VMX10S (2023) - 0
Velimotor VMX10S (2023) - 4
Velimotor VMX10S (2023) - 6
Velimotor VMX10S (2023) - 5

SUMBER: Motorrad

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Motosikal enduro elektrik, Motosikal tourer elektrik, roda2, Touring Elektrik, VeliMotor, VeliMotor VMX10S (2023)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hyundai Motor Malaysia (HMY) Rasmi Operasi Sendirian, Bakal Perkenal Tiga Model Baharu
    Hyundai Motor Malaysia (HMY) Rasmi Operasi Sendirian, Bakal Perkenal Tiga Model Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bayar Minyak Guna TNG eWallet di Lebih 1,000 Stesen Petronas
    Bayar Minyak Guna TNG eWallet di Lebih 1,000 Stesen Petronas
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev