• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen Arteon R Line 4MOTION (2023) dengan IQ.Drive di Malaysia, Harga RM300k!

Volkswagen Arteon R Line 4MOTION (2023) dengan IQ.Drive di Malaysia, Harga RM300k!

May 10, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


VOLKSWAGEN Arteon R-Line 4MOTION (2023) versi dipertingkat dengan teknologi IQ.DRIVE kini di Malaysia!

Ciri-ciri baharu IQ.DRIVE terdiri daripada Bantuan Depan (FA) dan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) yang menawarkan pemanduan lebih selesa dan selamat, termasuk dilengkapi ciri pengecas wayarles.

Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION (2023) dijana enjin turbo 2.0L TSI yang menjana kuasa 178hp (280ps) dan tork 350Nm serta dipadankan kotak gear klac basah DSG 7-kelajuan.

Pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 5.6 saat, manakala penjimatan bahan api sekitar 7.4 liter per 100km.

Pengendalian luar biasa disumbangkan sistem pacuan semua roda 4MOTION dengan kuasa disalurkan ke roda belakang apabila diperlukan untuk memberikan cengkaman dan kawalan lebih baik.

Ruang dalaman menerima kemasan perak R-Line dan stereng baharu. Maklumat mudah diakses menerusi sistem Digital Cockpit dan unit infotainmen Discover Pro dengan konektiviti wayarles Apple CarPlay dan Android Auto.

Sistem audio premium Harman Kardon 700W melengkapkan lagi ruang kabin mewah dengan 12 unit pembesar suara yang menawarkan bunyi akustik terbaik.

Lampu utama dilengkapi ciri Lampu Belok Dinamik (Dynamic Cornering Lights, DCL), manakala lampu belakang LED 3D hadir dengan Lampu Belok Sekuensial (SCL). Lampu juga dilengkapi ciri All Weather Light untuk pencahayaan lebih luas bagi meningkatkan pandangan dalam cuaca buruk dan gelap.

Pemandu juga boleh mengubah suai pemanduan dengan ciri Kawalan Casis Dinamik (DCC) hingga 15-tetapan, dan lima mod pandu seperti Eco, Comfort, Normal, Sport dan Individual.

Di belakang stereng tertera panel kluster instrumen Digital Cockpit resolusi tinggi 11.7 inci dengan paparan multi-info (MID).

Sedan ini juga tidak berkompromi dengan aspek keselamatan, Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION (2023) dilengkapi ciri keselamatan termaju seperti:

  • Bantuan Depan (FA), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Sisi (SA), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), dan Bantuan Lorong (LA)
  • Sistem kamera pandang keliling 360° Area View
  • Sistem Brek Pasca Perlanggaran (PCBS)
  • Sistem Respons Rempuhan Pintar (ICRS)
  • Kunci Diferensial Elektronik (XDS)
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek (BA) dan Bonet Aktif (Active Bonnet) untuk perlindungan pejalan kaki.
  • Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)

Ada tiga warna metalik ditawarkan, iaitu:

  • Manganese Grey (kelabu)
  • Lapiz Blue (biru)
  • Pyrite Silver (perak)
  • Deep Black (hitam)
  • Oryx White (putih) dengen efek mutiara

Harga Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION (2023) baharu ini RM299,990 yang turut dipakejkan dengan penyelenggaraan percuma tiga tahun, waranti tanpa had perbatuan dan bantuan jalanan lima tahun.

BACA >>> VPCM Lancar Volkswagen Golf GTI (2023) Versi Kemas Kini, Harga RM245k!
BACA >>> Volkswagen ID.Buzz Dipilih Kereta Terbaik COTY 2023!

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: IQ. Drive, Roda4, Volkswagen Arteon R-line 4MOTION, Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION (2023), Volkswagen Malaysia, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my