• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kerajaan Akan Naik Taraf Laluan Motosikal CIQ BSI untuk Atasi Kesesakan

Kerajaan Akan Naik Taraf Laluan Motosikal CIQ BSI untuk Atasi Kesesakan

May 9, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) akan menaik taraf laluan motosikal di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) bagi mengatasi masalah kesesakan di kawasan itu.

KKR juga akan menyalakan lampu sepanjang malam dan cuaca gelap di laluan motosikal, selain memastikan kerja penyelenggaraan dijalankan tidak menyumbang kepada masalah itu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya memandang serius isu kesesakan lalu lintas yang berlaku di CIQ BSI walaupun bukan 100 peratus di bawah bidang kuasa Kementerian.

Menurutnya, KKR memberi komitmen untuk turut sama berusaha dengan agensi lain, termasuk Kerajaan Negeri Johor dalam menangani masalah berkenaan.

Beberapa perkara boleh diambil tindakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor, khususnya menaik taraf laluan motosikal memandangkan kesesakan lalu lintas di bangunan berkenaan turut dihadapi penunggang motosikal," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata agak mustahil menyelesaikan masalah kesesakan di CIQ secara sepenuhnya dalam masa singkat, tetapi percaya jika setiap pihak, termasuk KKR sendiri mengambil langkah proaktif mengenal pasti dan menyelesaikan sebarang isu di bawah bidang kuasa masing-masing, kesan positif akan diperoleh walaupun kecil,

Saya sedar laluan motosikal sedia ada yang sempit dan kurang sesuai untuk penunggang motosikal berkuasa tinggi. Saya berpendapat Kementerian perlu melihat semula cadangan menaik taraf laluan motosikal, yang mungkin boleh mengurangkan kesesakan dan memastikan keselamatan penunggang motosikal," katanya.

Terdahulu, beliau membuat tinjauan mengejut ke CIQ BSI untuk  melihat sendiri aduan mengenai kerja selenggara yang dikatakan menjadi antara punca kesesakan pengguna jalan raya di bangunan itu.

Beliau mengakui terdapat beberapa kelemahan di CIQ BSI dan sudah mengarahkan tindakan serta-merta diambil serius JKR Daerah Johor Bahru.

Saya melihat kerja penyelenggaraan sudah tidak boleh lagi dijalankan ketika waktu puncak dan perkakasan kerja juga mesti disimpan di tempat yang tidak menghalang laluan. Keadaan fasiliti di CIQ juga mesti sentiasa dalam keadaan baik bagi memastikan keselesaan pengguna."

Alexander berkata, pihak JKR Johor Bahru memberi jaminan akan sentiasa memastikan perkara ini diberi perhatian serius dan pihaknya akan terus memantau bagi memastikan isu berkenaan tidak menyumbang kepada masalah kesesakan teruk di CIQ.

BACA >>> JKR Jawab Video Netizen Sindir Main Lato-Lato di Pejabat
BACA >>> Kerajaan Lulus Dua Projek Naik Taraf Lebuhraya Pasir Gudang

SUMBER:  BHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, BSI, CIQ, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Kementerian Kerja Raya (KKR), kerajaan johor, kkr, Kompleks Kastam, Singapura

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev