• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ital Auto Pengedar Baharu Ferrari di Malaysia Ganti Naza Italia

Ital Auto Pengedar Baharu Ferrari di Malaysia Ganti Naza Italia

May 9, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


SELEPAS kerjasama perkongsian perniagaan antara Ferrari dan Naza sejak 2008 berakhir pada 8 April lalu, Ferrari mengumumkan Ital Auto sebagai pengedar rasmi jenama mewah itu untuk pasaran Malaysia.

Dalam surat dihantar kepada salah seorang pelanggan yang tular di media sosial, pengeluar kereta Itali itu mengesahkan Ital Auto Malaysia Sdn Bhd (Ital Auto) sebagai pengimport rasmi baharu untuk kenderaan jenama itu di Malaysia, berkuat kuasa 5 Mei 2023.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Komersial Ferrari, Enrico Galliera dalam surat itu berkata;

Ital Auto menjadi pengimport dan pengedar rasmi Ferrari di Singapura sejak 2009, dan terbukti sebagai rakan kongsi yang berkesan dan boleh dipercayai dengan memberikan pengalaman pelanggan luar biasa dan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan.

"Kami yakin pangkalan pelanggan kami di Malaysia dan rantau ini akan terus dilayan baik."

Ferrari turut mengumumkan Ital Auto akan mengambil alih deposit dan tempahan pelanggan sedia ada daripada Naza Italia untuk kenderaan Ferrari.

Ital Auto adalah sebahagian Komoco Group yang mengendalikan beberapa jenama kereta lain di Singapura, dimiliki jutawan Malaysia, Ong Beng Seng dan berpangkalan di Singapura,.

Pelantikan firma itu sudah dijangka kerana sudah sedia menjadi pengimport Ferrari sah di negara jiran itu sejak 2009.

Selain Ferrari, Komoco Group juga mengendalikan beberapa jenama lain di Singapura seperti Maserati, Alfa Romeo, Jeep, dan Hyundai. Firma tersebut juga memiliki dan mengendalikan beberapa pengedar dan kedai servis Ferrari, Maserati, dan Alfa Romeo di Shanghai, China.

Walaupun tidak didedahkan masa rasmi operasi baharu Malaysia, tetapi khabar angin mengatakan pembinaan bilik pameran Ferrari baharu di Glenmarie kini sedang dibangunkan.

BACA >>> Baru Tiga Tahun Sudah Pandai Pandu Ferrari SF90, Siap Buat Aksi 'Donat'
BACA >>> Naza Setuju Tamatkan Hubungan dengan Ferrari Sebab Faktor Strategi Perniagaan

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Ferrari Malaysia, Ital Auto, Naza Italia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my