• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menteri: Lesen Memandu Tetap Boleh Digantung Walaupun Perbaharui 10 Tahun

Menteri: Lesen Memandu Tetap Boleh Digantung Walaupun Perbaharui 10 Tahun

May 8, 2023 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


TINDAKAN penguatkuasaan tetap diambil terhadap individu yang melakukan kesalahan jalan raya walaupun sudah memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempunyai sistem yang mampu mengesan pesalah dan tindakan seperti penggantungan lesen atau menarik lesen bagi kesalahan tertentu tetap dilakukan.

Walaupun ada pihak mendakwa dengan cara ini orang tidak bayar saman dan sebagainya, kami ada cara lain iaitu digital.

“Kalau mereka ada kesalahan seperti kes kemalangan, hukuman gantung lesen mereka tetap dilakukan, bukan bermaksud pemegang lesen itu sudah bayar (lesen) tidak akan digantung," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke JPJ Cawangan Seremban hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim.

Justeru Loke berkata, Kerajaan memulakan dasar baharu membenarkan pemegang lesen memandu bagi semua kategori mendapat diskaun 10 peratus jika memperbaharui tempoh 10 tahun.

Cuma bayar RM270 berbanding RM300. Itu dasar baharu yang kami perkenalkan untuk memudahkan orang ramai. Saya banyak mendapat maklum balas dan permintaan daripada orang ramai tempoh untuk memperbaharui lesen memandu dipanjangkan,” katanya.

PERKASA INTEGRITI

Dalam perkembangan lain, Loke berkata JPJ terus memperkasakan integriti penguatkuasaan bagi mengatasi masalah 'tonto' dan penguatkuasaan ditambah baik bagi mengatasi kelemahan dalaman supaya maklumat tidak bocor kepada pihak luar.

Kami tahu ada cubaan mendapat maklumat daripada orang dalaman dan sebagainya, JPJ akan terus memperkasakan integriti. Tonto memang isu yang membelenggu JPJ,” katanya.

Loke berkata, apa jua kaedah digunakan pihak tidak bertanggungjawab tidak akan dapat mencabar undang-undang negara.

Apa pun helah mereka bagi mengelakkan daripada penguatkuasaan, sama ada mengunakan telekomunikasi lebih canggih, JPJ dapat mengatasinya dengan kaedah lebih berkesan," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas taktik 'tonto' yang kini menggunakan aplikasi WhatsApp dan Telegram bagi menyebarkan aktiviti penguatkuasaan JPJ.

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, Datuk Zailani Hashim, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), lesen memandu Malaysia (LMM), Perbaharui Lesen Memandu 10 Tahun

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my