HUSQVARNA Motorcycles memperkenalkan versi terkini Husqvarna FS 450 Supermoto (2024) kepada dunia pada 4 Mei lalu.
Model edisi tahun baru itu melibatkan kemas kini penutup pelana cengkaman tinggi serba baharu dan grafik kelabu, kuning dan putih baharu untuk penampilan lebih memukau.
Husqvarna FS 450 (2024) dikuasakan enjin silinder tunggal 450cc SOHC yang dipadankan trasmisi manual 5-kelajuan dengan sistem brek hidraulik Brembo dan klac antilompat Suter.
Enjin tersebut dikemas kini buat kali terakhir untuk model 2023 yang dibangunkan khas untuk prestasi hebat dan lebih ringan. Tugas suspensi dikendalikan fork 48mm WP XACT dengan teknologi AER di depan, dan monoshock WP XACT.
Jarak tinggi bumi 281mm (lebih dari 11 inci), dan Brembo menjadi komponen brek dengan saiz cakera petal 310mm di depan dan cakera petal 220mm di belakang.
Rim jenis jejari Alpina hitam bersaiz 16.5 inci di depan dan 17 inci (belakang) yang dibalut tayar Metzeler Racetec SM untuk memberikan cengkaman, daya kilas dan ketangkasan lebih baik.
Perincian lain ialah dua subfrem aluminium poliamida, mesin CNC tiga apit, bar hendal Pro Taper dan suis opsyen pemetaan enjin pada bar hendal.
Dengan suis itu, penunggang boleh mengaktifkan kawalan luncur, kawalan traksi, anjakan pantas, dan juga menukar dua pemetaan enjin berbeza dengan mudah. Kapasiti tangki bahan api 17.2 liter.
Harga dan stok Husqvarna FS 450 (2024) mungkin berbeza mengikut pasaran. Bagaimanapun, harga model ini masih lagi tidak didedahkan di laman web Husqvarna Malaysia. Sebelum ini Husqvarna FS 450 Supermoto dijual pada harga RM53,000 untuk pasaran Malaysia.
BACA >>> Husqvarna Norden 901 (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM98.8k!
BACA >>> Husqvarna, Google dan Unreal Engine Jalin Kerjasama Hasilkan Kustom untuk FC 450
SUMBER: RideApart
Leave a Reply