• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 150 Pemilik CFMoto Sertai Program EMT Safety Riding Academy di MAEPS Serdang

150 Pemilik CFMoto Sertai Program EMT Safety Riding Academy di MAEPS Serdang

May 6, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


KIRA-KIRA 150 pemilik pelbagai model motosikal jenama CFMoto tidak melepaskan peluang menghadiri program EMT Safety Riding Academy anjuran CFMoto Malaysia di pekarangan parkir di belakang Dewan D di MAEPS, Serdang di Selangor pagi tadi.

Program yang diadakan sempena pameran Malaysia Autoshow 2023 itu adalah inisiatif CFMoto Malaysia dengan kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) untuk memberi pendedahan kepada pemilik motosikal CFMoto tentang aspek keselamatan dan tanggungjawab ketika tunggangan.

Program bermula seawal 10 pagi itu bermula dengan ketibaan konvoi motosikal pemilik CFMoto dan diikuti sesi pendaftaran sebelum wakil MIROS memberi taklimat mengenai cara tunggangan selamat dan berhemah kepada peserta program.

Objektif utama program ini adalah untuk memberi kesedaran tentang aspek keselamatan dengan harapan mampu membantu negara mengurangkan kadar kemalangan melibatkan motosikal.

Satu demonstrasi tunggangan aksi lagak ngeri turut diadakan di kawasan parkir membabitkan penunggang profesional dengan dua model motosikal iaitu sportbike CFMoto 450SR dan jentera touring 800MT.

CFMoto Malaysia menyatakan program yang direka khas itu mendedahkan pemilik motosikal CFMOTO tentang aspek kawalan  jentera melalui sesi latihan teori dan praktikal.

Jika anda bercadang menunggang uji motosikal jenama CFMoto di MAEPS, esok adalah hari terakhir sempena pameran Malaysia Autoshow 2023. Pelbagai model disediakan termasuk sportbike terbaharu CFMoto 450SR.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: autoterkini, CFMOTO Malaysia, Malaysia Autoshow 2023, roda2, Tunggang Uji

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my