• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / Ini Sebabnya BMW Malaysia Guna Van Nissan Vanette Sebagai Prototaip Pengecas Bergerak

Ini Sebabnya BMW Malaysia Guna Van Nissan Vanette Sebagai Prototaip Pengecas Bergerak

May 4, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


MUNGKIN ada tertanya kenapa BMW Malaysia memilih van usang jenis Nissan Vanette untuk diubah suai menjadi prototaip mobiliti pengecas bergerak.

Van Nissan Vanette biru itu ditempatkan di Dewan D, Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di Serdang, Selangor sempena pameran Malaysia Autoshow 2023.

PanduLaju diberitahu projek menghasilkan prototaip pengecas bergerak menggunakan Nissan Vanette itu sebenarnya bermula kira-kira dua tahun lalu.

Mungkin pada masa itu Malaysia belum menerima kemasukan van elektrik secara rasmi untuk dijadikan pilihan kenderaan prototaip lebih sesuai.

Sumber menjelaskan van usang itu menjalani fasa kejuruteraan semula seperti menyesuaikan daya tahan sistem suspensi van untuk menampung beban bateri dan komponen berkaitan yang perlu dibawa bersama sebagai kenderaan pengecas bergerak.

Maklumat dan pengalaman yang diperoleh itu boleh dikongsi dan dijadikan sebagai sumber rujukan jika ada rancangan menghasilkan van pengecas bergerak menggunakan kenderaan lebih moden pada masa akan datang.

Van Nissan Vanette itu adalah kerjasama antara BMW Malaysia dan EV Connection dengan menggunakan pek bateri kenderaan BMW dan MINI elektrik yang mencapai hayat akhir penggunaannya (program bateri hayat kedua).

Prototaip itu dilengkapi 16 unit modul bateri BMW terpakai dengan State of Health (SoH) sekitar 70 peratus.  Jumlah kapasiti 20kWj dimiliki mampu membekalkan kuasa AC tiga fasa setinggi 30kVA. Bahagian belakang van pula dilengkapi terminal pengecas pantas DC 30kW.

Nissan Vanette itu mampu mengecas dua unit kenderaan elektrik (EV) dan mampu menyalurkan bekalan kuasa elektrik kepada lapan kediaman di kawasan bencana, sekurang-kurangnya 24 jam.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Roda4 Tagged With: Bikin Kereta, BMW Malaysia, Kenderaan Elektrik, Malaysia Autoshow 2023, Nissan Vanette, Roda4, Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my