• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Subaru Forester (2023) Facelift Lancar di Malaysia, Harga Mula RM173.5k!

Subaru Forester (2023) Facelift Lancar di Malaysia, Harga Mula RM173.5k!

May 4, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGEDAR ekslusif kenderaan Subaru di Malaysia, TC Subaru melancarkan empat varian kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C, Subaru Forester (2023) facelift untuk pasaran Malaysia dengan dilengkapi teknologi bantuan pemanduan Subaru Eyesight 4.0.

Berikut harga empat varian Subaru Forester (2023) facelift:

  • 2.0 i-L EyeSight - RM173,500
  • 2.0 i-L Eyesight GT Lite - RM179,500
  • 2.0 i-S EyeSight - RM183,500
  • 2.0 i-S EyeSight GT Edition - RM195,500

* Harga atas jalan, tanpa insurans dan cukai jalan.

Teknologi Subaru EyeSight 4.0

Sistem bantuan pemandu Subaru EyeSight 4.0 diletakkan dekat cermin pandang belakang bagi menguatkan lagi ciri keselamatan untuk ketenangan minda dalam pemanduan harian. Ada tiga fungsi baharu sistem itu seperti Bantuan Stereng Kecemasan Autonomi (AESA), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan Amaran Keluar Lorong (LDW) dengan Bantuan Kekal Lorong (LKA) yang menjadi sebahagian daripada sembilan ciri keseluruhan.

Brek Pra-Pelanggaran (PCB) Forester kini ditambah baik untuk respons lebih banyak dalam situasi trafik di simpang jalan dengan kamera stereo dipertingkat. Ada juga ciri keselamatan lain seperti radar Pengesan Kenderaan Belakang (RVD) dan Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB).

Keempat-empat varian turut mendapat sistem Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC), brek auto pegun (auto hold) dan pemvektoran tork aktif (ATV). Varian asas 2.0i-L dan 2.0i-L GT Lite Edition menerima  ciri X-Mode, manakala Special X-Mode diberikan untuk varian GT 2.0i-S dan 2.0i-S.

Luaran Subaru Forester (2023)

Model facelift Subaru Forester (2023) facelift kali ini menampilkan gril lebih gelap dan rekabentuk lampu dipertingkat. Dua kit badan GT Lite dan GT Edition diperkenal untuk menaik taraf rupa sporty SUV kompak itu.

Prestasi aerodinamik juga semakin baik dengan sambungan lip depan dan belakang, skirt sisi dan spoiler bumbung. Kedua-dua kit badan itu dihasilkan dengan kerjasama Giken Co Ltd dan Jack Kobayashi.

Varian GT Edition hadir dengan rim aloi 18 inci serba baharu, manakala i-L EyeSight dan GT Lite Forester diberikan rim aloi 17 inci. Suspensi juga turut ditala semula untuk pemanduan lebih lancar dan pengendalian lebih baik.

Dalam Subaru Forester (2023)

Ruang kabin Subaru Forester i-S EyeSight mendapat kit aksesori GT baharu dengan kerusi kulit dwi-tona sulaman 'diamond-quilted' yang diilhamkan pengembara Eropah. Ada juga logo GT pada kerusi depan.

Unit infotainmen skrin sentuh definisi tinggi (HD) 8 inci tersedia dengan konektiviti Apple CarPlay, Android Auto dan Bluetooth. Juga ada kerusi elektrik boleh laras 8-tetapan  pada dua kerusi depan, entri tanpa kunci (keyless), penyaman udara dwi-zon, cermin sisi pintu lipat dan lampu kabus belakang LED.

Penambahbaikan dalaman lain adalah:

  • Lampu ambien LED
  • Cangkuk kargo but
  • Tempat duduk belakang boleh lipat rata

Warna Subaru Forester (2023)

  • Cascade Green Silica (hijau)
  • Magnetite Gray Metallic (kelabu)
  • Brilliant Bronze Metallic (gangsa)
  • Crystal White (putih)
  • Ice Silver Metallic (perak)
  • Crystal Black Silica (hitam)
  • Horizon Blue Pearl (biru)

Trenkuasa Subaru Forester (2023)

Keempat-empat varian Subaru Forester (2023) facelift dijana enjin petrol 4-silinder aspirasi natural (NA) 2.0L berkuasa 156ps (154hp) @ 6,000rpm dan tork 196Nm @ 4,000rpm.

Hantaran kuasa disalurkan pada keempat-empat roda menggunakan sistem pacuan semua roda (AWD) dan transmisi automatik CVT Lineartronic. Semua varian mencatatkan pecutan 0-100kmj sepantas 10.3 saat, manakala kelajuan tertinggi 193kmj.

Subaru Forester 2023-
Subaru Forester 2023-1
Subaru Forester 2023-4
subaru forester 2-23-3
Subaru Forester 2023-2

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: eyesight 4.0, Facelift, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, Subaru Forester (2023) Facelift, Subaru Forester 2023, subaru malaysia, SUV Segmen-C, TC Subaru

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev