• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Varian KTM 390 Adventure (2023) dengan Pelana Rendah Akan Lancar di India

Varian KTM 390 Adventure (2023) dengan Pelana Rendah Akan Lancar di India

May 3, 2023 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


SELEPAS pelancaran KTM 390 Adventure X, KTM India kini bersedia melancarkan varian pelana rendah untuk pasaran negara itu.

Varian baharu itu dilaporkan bakal memasuki pasaran tidak lama lagi.

Varian KTM 390 Adventure itu akan didatangkan dengan pelana rendah berbanding model sedia ada yang memiliki tinggi pelana 855mm. Ketinggian tersebut pastinya menyukarkan penunggang bertubuh rendah yang berminat membeli motosikal berkenaan.

Sumber menyatakan, varian baharu tersebut akan didatangkan dengan tinggi pelana 830mm yang boleh dianggap rendah daripada varian sedia ada, Standard dan X. Rekabentuk lain masih berasaskan model Standard, tetapi pilihan pelana rendah turut ditawarkan pada varian X.

Seperti laporan terdahulu, varian X mendapat kurang ciri berbanding Standard sebagai versi KTM 390 Adventure yang lebih mampu milik. Varian itu menggunakan panel meter LCD, bukan skrin TFT berwarna dengan konektiviti Bluetooth seperti Standard.

Varian X juga tiada Sistem Kawalan Traksi (TCS), mod tunggang, ABS belokan, dan Quickshifter. Bagaimanapun masih mengekalkan ciri lampu LED penuh, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran dengan mod off-road, klac antigelicir dan soket USB 12V.

Kedua-dua varian dijana enjin sama 4-injap silinder tunggal 373.27cc penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI) berkuasa 42.9hp @ 9,000rpm, dan tork 37Nm @ 7,000rpm.

KTM India belum lagi membuat penguman rasmi mengenai varian pelana rendah itu, tetapi dijangka dalam masa terdekat.

BACA >>> KTM 390 Adventure X (2023) Lancar di India, Harga RM15.1k!
BACA >>> KTM India Tambah Warna Baharu untuk 250 Duke (2022)

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, KTM 390 Adventure, KTM 390 Adventure X, KTM 390 Adventure X (2023), KTM India, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev